Friday, May 8, 2015

Permulaan Lower Form 6 Aku. #JustThrowBack.

Assalamualaikum and Hai..

08.05.2013 
Cepatnya masa berlalu. Teringat balik dua tahun lepas, tarikh yang sama, waktu dengan hari je yang tak sama dengan sekarang. Aku dengan bestie pergi daftar lower Form 6 kat SMKSN. Masa itu, feeling happy sangat sebab dapat jumpa dengan my bestie and kawan-II yang lain. Kalau tak salah aku, all my friend, maybe bukan semua kot, pergi daftar lower Form 6. Result UPU for diploma program masih tak keluar lagi. So, kita pakat decided nak daftar lower Form 6 dulu. Kalau tak boleh sambung diploma, lower Form 6 as a backup. 

Masa tahun aku, UPU for diploma program keluar lambat. So, mereka yang dapat sambung program diploma siap boleh boleh mengikut Minggu Tautan Kasih (minggu orentasi, sekolah aku panggil Minggu Tautan Kasih) lagi. Eh-II, bukan setakat Minggu Tautan Kasih je, Hari Guru pun sempat sambut. Haha. 

Masa Minggu Tautan Kasih. 
Kalau ikut ingat lupa aku, result UPU keluar hari Jumaat, lupa tarikh. Masa nak check result tu, perasaan aku lebih banyak nervous daripada tenang. Tak tahu kenapa. Tapi perasaan aku memainkan peranan juga sebenar, kalau aku ikut teori perasaan aku. Kalao nervous lebih banyak dari tenang. It's means, negative result dan sebaliknya. Memang macamtu. Lumrah. Haha.
So, memang betullah perasaan aku tu, bila check UPU, memang aku tak dapat nak sambung program diploma seperti kawan-II aku yang lain yang dapat sambung diploma.
Oke! Tipulah kalau aku cakap aku memang tak ada perasaan kecewa, terkilan, sedih, and a little bit down. Aku manusia normal oke, yang ada perasaan macam tu. Haha.

Kawan yang duk bergelak tawa, duk berkongsi makanan dengan sepanjang awal lower Form 6 dapat sambung diploma. I feel happy and excited for them. Even aku tak dapat, aku bahagia tengok kawan yang aku rapat, dapat sambung diploma dan dapat course yang diorang nak. :) 
Aku doakan mereka semoga dapat tamatkan program diploma dengan jayanya dan dapat result yang cemerlang. (Maybe next year kot, diorang habis)

Sebelum depa semua tu sambung belajar untuk diploma sempatlah juga create kenangan-II dengan depa.

*Last day, sebelum diorang sambung diploma.



Sambut Hari Guru 2013
Sebelum aku daftar lower Form 6, aku pernah terfikir nak masuk Form 6 tapi aku tak pernah terfikir yang menamatkan pengajian Form 6. Serius! Mungkin ini satu takdir untuk aku. Tak dapat sambung diploma, still dengan Form 6, and berjaya tamatkan pengajian Form 6 dengan aman dan makmur. Ahaks.

Pape pun, belajarlah kat mana-II pun, semuanya oke. Takde beza pun. Janji kita berusaha untuk dapatkan result yang baik dan try our best untuk tamatkan pengajian kita dengan jayanya. Oh yeah!

#Done

Thursday, May 7, 2015

Tip Untuk Hilangkan Rasa Gemuruh atau Panik Semasa Temuduga

Assalamualaikum and hai.
My Silent Reader.

Pejam celik, pejam celik dah bulan 5, it's means segala keputusan untuk temuduga course for program ijazah akan keluar tak lama lagi. Countdown the day!
Hari itu, masa aku isi UPU for program ijazah, kalau tak salah aku pilih course yang bertemuduga dua course je kot. #TakIngat. Ahaks. 
Hopefully, aku dapatlah course yang bertemuduga itu, boleh juga tambah pengalaman aku dalam bab-II temuduga ni. Hashtag: Pengalaman itu penting.

Sebelum berlakunya sesi temuduga, akan ada perasaan panik, nervous, cuak, gemuruh or seangkatan dengannya dalam diri kita, right? Tipulah kalao kau cakap kau tak nervous, kan.
So, aku nak share kat tips korang macam mana nak  hilangkan perasaan yang sebegitu. Perasaan macam mana ni, kalao duk layan, memang merosakkan hari temuduga kita. Ceh!
  • Masa kita duk tengah menunggu giliran temuduga, ambil masa beberapa minit untuk tarik nafas dan lepaskan secara perlahan-lahan. Tahu tak, kajian menunjukkan bila kita melakukan kaedah ini, kita memaksa degupan jantung kita berfungsi secara normal dan akan mengelakkan kita daripada gementar. 
  • Kalau boleh, bukan bolehlah tapi wajib buat persiapan dan persediaan dengan maklumat yang diperlukan. It's means, buatlah research sikit pasal course, universiti, pekerjaan  yang kita pilih itu  pergi temuduga. Sediakan resume, sijil-II yang diperlukan. Bila kita dah buat persiapan dan persediaan yang lengkap, rasa gemuruh itu akan berkurangan, InsyaAllah. 
Jangan lupa buat research. :)
  • Aku tahu kita semua suka tengok cermin, belek-II muka, belek-II jerawat. Apa kata sebelum hari temuduga, kita ramai-II pergi kat depan cermin bukan itu belek-II muka tapi kita buat latihan atau kita praktikkan cara temuduga di depan cermin beberapa kali. Bercakaplah di depan cermin puas-II.  Kaedah ini, boleh buat kita rasa confident dan rasa nervous tu kurang.
  •  Seelok-eloknya, datanglah awal masa temuduga itu, 30 minit sebelum temuduga, maybe? Banyak perkara yang kita boleh buat dalam 30 minit itu, tenangkan diri, ambil feel temuduga etc.
  • Makan sedikit gula-II manis sebelum masuk ke bilik temuduga. For your knowledge, gula-II boleh menurunkan kadar gementar dalam diri kita. But make sure, gula-II itu habis dimakan sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan masa temuduga, kau kunyah lagi gula-II, itu dah dipanggil kuanq ajor.  :) 
  • Masa tengah duduk dalam bilik temuduga, genggam kedua-dua tangan kita dan letakkan kat atas peha. Kalaulah, dengan melihat mata panel temuduga buat kita panik, alihkan pandangan kita pada dahi, telinga, dagu, atau rambut penemu duga ketika menjawab. 
"Please!, jangan memandang tempat lain ketika menjawab, 
itu menggambarkan kita seorang yang biadab dan tidak menghormati penemu duga."
  • Untuk mereka yang beragama Islam, banyakkan membaca surah al-Kautsar beberapa kali sebelum masuk bilik temuduga. 


So, that's all my tips. 
Untuk mereka yang bakal bertemuduga, I'm wish good luck, all the best.
Semoga apa yang kita nak, dapat dikecapi dengan jayanya.
"Nak hidup senang pada hari esok, perlulah melalui jalan yang berliku pada hari ini. Sebab tak semua perkara mampu dicapai dengan mudah."

Btw, doakan aku semoga aku dapat course yang aku nak dan boleh sambung belajar peringkat ijazah. Amin. :)

Friday, March 20, 2015

Memasak Cara Orang Bujang.

Assalamualaikum and hai..
My silent reader.
Ladies and Gentlemen. 

Aku masih dalam mood cuti-II Malaysia (cuti before further study), makin rajin aku memasak. Oke, tipu! Tak ada lah rajin sangat tapi ada peningkatanlah bab-bab memasak. Ahakss.
So, aku belajar masak sikit-II from YouTube and Pakcik Google yang baik hati. 

Malam yang penuh dengan permai dan indah ini, aku nak share satu channel YouTube yang ajar masak style orang bujang. Serius, senang sangat-II nak ikut step dia. Memang tip top r dia punya step masak. Dari awal sampai akhir, dia ajar. Cara nak potong bawang pun, dia ajar tau.  Ahaks. 

Taraa... Mempersembahkan:-


Kalau malas nak pergi Ec Inspirasi channel. Kau buka je YouTube, taip je #DapurBujang. Berderet-II keluar, video masakan.
For your information, Fendi Raja Lawak (tak tahulah korang kenal ke tak, tapi aku kenal dia, dia je tak kenal aku, ahaks) yang handle #DapurBujang. Dialah tukang masak, dialah tukang cakap. Aku sangat-II enjoy tengok cara Fendi bercakap, kadang-II ada terselit lawak sikit dan paling penting cara dia masak, memang style orang bujanglah. Simple but awesome. 

Style dia masak memang style orang bujang, dah nama #Dapur Bujang, tentu-tentulah style bujang.  Bahan-II yang diperlukan adalah simple, resipi yang tak rumit dan paling penting memasak tak lama. lebih kurang 30 minit kat dapur, dah boleh makan. Untuk mereka-II yang sibuk, tak ada masa, korang spend timelah untuk tengok kat channel ni cara diorang masak. Aku jaminlah, korang akan sempat masak lepas tengok channel ni. Trust me. :)

Dalam banyak resipi yang aku tengok, aku pernah masak Begedil Maggi ikut resipi #DapurBujang. Fulamak, memang senang and sedap kaw-II, (mohon izin untuk perasan jap). Seperti aku cakap tadi, resipi sangat simple dan senang. Aku dah buat ini dah tiga kali. 


Makanan lain tak sempat nak cuba lagi. Haha. 
Yang paling aku suka, setiap makanan yang dimasak oleh Fendi, tak guna sebarang perasa, i mean perasa like ajinamoto. Should remember, Ajinamoto is not good to our heath. Say no to dot.dot.dot. Haha. 

Hey-II, walaupun #DapurBujang, orang dah kawen pun, boleh juga nak ikut style dia. Don't worry. Tak kena saman pon. Tapi kan orang kawen ni, masakan dia lagi ummmm dari orang bujang. :) :)

Itu je yang aku nak kongsikan. Sharing is caring. Selamat mencuba. Simple but awesome. 
Before I say goodnite, ada beberapa link makanan yang best-II or latest masakan from Ec Inspirasi Channel, aku tinggalkan kat bawah. 






Wish you goodluck.
Good Nite.