Saturday, January 31, 2015

30 minit kat sekolah.

Assalamualaikum and hai.

Hari khamis lepas, aku dengan kawan-II aku pergi sekolah. 
Sumpah!, rindu sangat-II kat sekolah, kelas, cikgu-II yang super double sporting.
Stay kat sekolah lebih kurang 30 minit, otak aku mampu terbayang semua kenang kat sekolah tu. Terubat rindu. 

Yes, aku dah tak boleh dah jadi budak sekolah even aku nak sangat pergi sekolah balik. *peace. haha  tapi aku still ada ingatan yang mampu bawa aku ke alam persekolahan.
Tuhan, jangan tarik ingatan aku about school. Uwaa, I miss all of my moment at school. :'(

Candid Photo.
Nani + cikgu Hasnah. + cikgu Latifah + cik dee + Alia. 
Kawan-II form 6
Alia + Irah + Cik Dee + Nani. 
Takkan pernah penat untuk belajar.
Wish me luck. :)
Serius!. Zaman persekolahan adalah zaman yang sangat-II best, amazing and wonderful. :) 
Doakan aku semoga aku berjaya di dunia dan akhirat. :) 

Online Shop: Nile.com.my

Assalamualaikum and Haii.

Nak buat online shop review sikit malam nie. :)
Ini aku punya second (yang first pun beli kat Nile jgk) beli barang secara online.  Aku ni susah sikit nak percayakan orang. Jadi aku kurang berminatlah nak beli online ni tapi selepas aku beli kat Nile.com.my nie. Level confident aku nak beli online semakin meninggi dan rasa nak beli online lagi dan lagi. . Haha.

Serius!. Barang kat Nile, semua cantik-II, dan yang paling penting MURAH.
Sumpah makan satay 30 cucuk, memang murah. Hee.

Kalao anda-II yang ingin membeli belah di Nile. Korang beli lah sampai cukup RM100++. Boleh free postage. Korang ajaklah kawan-II korang beli sekali.

Hari tu, aku beli barang kat Nile pun. Aku ajak 2 kawan beli jugak kat Nile. Dorang shopping sakan giler. Aku beli sepasang kasut je. Lagi 2 kawan aku tu beli banyak, 3 barang satu kepala. 2 kepala, 6 barang. Beli punya beli, harga semua RM100++. So, kalau dah 100++, boleh dapat free postage. :)

Antara barang yang kawan aku beli. 

Ini sneaker shoe aku. 
Aku beli sneaker shoe je. Aku sangat-II gilerkan sneaker shoe. Banyak pilihan yang aku boleh beli sneaker kat Nile. Macam-II jenis ada. Pengalaman  dua kali aku beli sneaker shoe kat Nile. Sangat-II puas hati. Sangat-II best pakai, selesa je. Rasa nak beli lagi je. Heee.
So, untuk korang yang gilerkan sneaker shoe macam aku dan tercari-cari sneaker shoe yang murah-II, korang belilah kat Nile. Belum cuba belum tahu kan.

Kat Nile juga, ada jual macam-II, bags, shoe, clothes, books, accessories, etc. :)  Korang boleh pilih mengikut citarasa masing-II.

Btw,
Sekarang ni, Nile tengah buat promosi sempena Chinese New Year 2015, free postage RM48++ tapi untuk barang-II tertentu, kalao korang nak tahu lebih lanjut. Korang layari sendirinya website Nile.com.my

So, selamat membeli. :) 

Tuesday, January 27, 2015

Senaman Kat Rumah.

Assalamualaikum and hai, 
My silent reader.

Si penganggur tegar. 
Well.. well..well.. Aku seorang penganggur tegar selepas STPM!!
 Tu diaa, sakan duk habaq dia tu penganggur tegar. Haha.
Lepas exam STPM hari tu, aku duk kat rumah ja. Makan, TV, novel, tidur. Adalah juga pi jejalan. Tengok dunia luar yang penuh pancaroba itu. Haha, Itu jah kerja aku sehari-hari. Tak tahu nak buat apa. Kalau dah tak tahu nak buat apa tu, kompen-II r, berat badan akan dengan serta merta tanpa sempat minta izin dulu.

Aku ada baca tips senaman kat rumah. Nak bagi maintain berat badan, taknak berat naik and memang nak turunkan berat badan, macam aku ni, in process. Tak nak buang banyak, nak buang sikit-II je. :P So, aku nak share dengan korang tips ya. Kita berdiet secara berjemaah ya. Boleh kan? boleh kan?

1. Mengelap Lantai dan Mencuci Tandas.
Aktiviti ini elok untuk kesihatan jantung dan membantu otot-II tertentu seperti otot lengan dan harmstring (sekitar paha). Sebanyak 180 kilo kalori akan terbakar sekiranya indivitu menyental lantai atau dinding bilik air dalam tempoh 30 minit tanpa henti.
*Cuci tandas aku suka sebab pembersih tandas rumah aku wangi. kiki.

2. Menaiki Tangga.
(aku tak buat aktiviti ni ka rumah sebab rumah aku tak ada tangga)
Aktiviti ini dapat menguatkan otot di bahagian kaki terutamannya paha dan pergelangan kaki.

3. Mengemas bilik tidur.
Pepagi tu, sebelum korang buat pape, mohlah kemas bilik tidur selama 30minit. Kalao korang kemas 30 minit non-stop, sebanyak 130 kilokalori  terbakar dengan jayanya.
"Lamanya, 30 minit. Nak kemas apa lagi?"
"Korang tepuk-II lah bantal, tilam. *tepuk biar tak ada habuk langsung, tukarkan cadar, etc."

4. Mengelap habuk.
Menurut apa yang aku baca, mengelap habuk ni, mampu bakar 45 kilokalori kalao buat 30 minit non stop. Aku tahu almari korang berhapuk kan. Pi lap nuh. Boleh kurangkan 45 kilokalori. Hikhikhik.

5. Berkebun. (Aku tak suka berkebun. #peace)
Aktiviti ini maybe susah sikit kot untuk orang yang duk berflat or berapartment ni. Den tak dapat nak nolong. Korang buatlah aktiviti naik tangga, jangan naik lif. Dikatakan sebanyak 225 kilokalori boleh hilang dengan jayanya kalao korang berkebun 30 minit non stop. Lagi satu, aktiviti mampu menguatkan otot lengan dan kaki.

6. Membasuh kereta.
Haa.. Udah-II leh tu, pi hantar kereta kat carwash. Basuh sendiri, boleh kurangkan 200-300 kilokalori dalam masa 30 minit kalao korang buat non stop. Cun kan? Duit pun jimat, berat pun turun. Korang sental lah kereta tu bagi berkilat. Biar sampai orang boleh tengok diri mereka di kereta anda. Ehem-II. :)

Actually, banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat sebenarnya kat rumah yang mampu keluarkan peluh anda. Kan-II. Yang tu korang fikir sendiri ya. :)

Overall, aku buat aktiviti ini secara suka-II, turunlah juga berat aku. Tak banyak tapi still turun.
So, untuk korang. I wishes Good luck.