Tuesday, December 25, 2012

Muhasabah cinta.



  •     Cinta itu mempunyai pengertian yang terlalu kudus. Justeru itu usahlah dicemari kesuciannya dengan sinaran kepalsuan. Sesunggunya resepi cinta itu ialah hiasan kesetiaan, kejujuran keikhlasan. Namun rebutlah kecintaan abadi terhadap Tuhan yang Maha Esa kerana kita pasti tidak akan dikecewakan.

Sunday, December 16, 2012

AKU MASIH DISINI


PALESTIN

Hari ini
aku masih bisa berdiri
kerana aku melihat keteguhanmu memperjuangkan Islam
aku di sini lemah tak terkata
tetapi pabila melihat dirimu gagah perkasa
aku mula bangun mengikut rentakmu.

PALESTIN

Kau sanggup mempertahankan Islam 
tanpa kau mengenal erti mengundur
tanpa kau mengenal erti mengalah.

PALESTIN

Aku di sini kagum melihatmu
aku di sini bangga denganmu.

PALESTIN

Kau kekuatanku
kau semangatku
malah kau inspirasiku
jangan mengeluh walaupun sedikit
jangan berpaling walaupun sedetik
kerana aku masih di sini
akan mendoakanmu dalam solatku
akan mendampingimu dalam setiap langkahku
dalam mempertahankan Islam.



love you, palestine.
PALESTIN
Janjilah padaku
walau nyawa terpaksa kau gadaikan
walau peperangan perlu kau lalui
terus pertahankanlah hakmu.