Monday, April 14, 2014

Happy Anniversary...

Assalamualaikum and Hai

SubhanaAllah.. SubhanaAllah.. SubhanaAllah..
 Happy Anniversary dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan,  Abah and Ma yang ke-31. Hari ini  14 April 2014. One of the beautiful date in this year. 14/04/83 - 14/04/14. As a child, Alhamdulilah, thanks Allah because always protect their marriage sehingga mampu kekal ke hari ini dan insyaAllah akan kekal sampai bila-bila. Amin. 

My Dad and Mom.
Let me story about this title.
Tarikh ini memang aku set dalam phone aku agar aku tak lupa untuk wish kat abah dan ma aku. Biasalah, umur makin meningkat ini, sistem otak always jem. Ayoyo. I think I should take some of  medicine. Haha. Bangun pagi tadi, macam biasalah, bersiap-siap untuk ke sekolah. Aku kan pelajar lagi. Masa siap-siap nak pergi sekolah, masa tu lah aku wish.
Ma, Abah. Happy Anniversary! 

Tapi ada yang kelakar tau. Masa balik sekolah tadi, abah aku yang jemput. Masa masuk kereta, bau KFC dari tempat duduk belakang. Abah aku nampaklah aku toleh kat seat belakang.
Abah: Abah beli KFC hari ini. Hadiah sebab ingatkan abah masa tarikh tu.
Aku: Hahaha( gelak selambe) Oke, terima kasih. Tapi abah, puasalah hari ini.
Abah: Takpo, Abah simpan.

*Luculah abah aku. Sepatutnya, aku bagi hadiah kat dia, tapi dia pula bagi hadiah KFC kat aku sebab ingat tarikh hari ni.( Anniversary mereka) 

Oke! Dah! Tak nak cerita sangat macam mana aku wish. Kembali kepada tajuk utama (dah macam guru nak mengajar anak murid je ayat aku). Alhamdulilah, hasil perkahwinan mereka berdua maka lahirlah 9 orang anak-anak yang comel-comel dan handsome-handsome  yang baik perangainya. Anak-anak yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

#MyLovelyFamily.

Hanif, K.ah , Faiz, Na, Cik Dee, Shafiq, Hariri and Amir. Kat tengah-tengah tu, my parents 
This is my family, my beloved family. Dalam gambar ni ada 8 orang anak je kan, lagi sorang tak ada kan? Lagi sorang itu Allah sudah ambil balik 'pinjamanNya' yang dipinjamkan untuk Ma dan Abah. Al-Fatihah untuknya. Macam-macam perangai yang dipamerkan oleh kami adik beradik. Alhamdulilah, mampu ditangani oleh gabungan Ma dan Abah yang always tegas dalam mendidik anak-anak mereka.

Sepanjang 31 tahun usia perkahwinan mereka, aku rasa mesti banyak onar dan duri ditempuh bersama-sama untuk bertahan sehingga ke tahap ini. Dengan pelbagai ujian terutamanya perangai anak-anak yang penuh ragam, kehilangan anak and macam-macam lagi. I'm respect both of you. 

Dalam tempoh 31 tahun juga,  Ma dan Abah dikurniakan dua orang menantu iaitu sorang menantu perempuan (isteri kepada abang aku, anak pertama) and sorang menantu lelaki (suami kepada kakak aku, anak kedua).  Dan yang paling penting, diberi kesempatan dan nikmat bergelar Atuk dan Nenek kepada dua orang cucu lelaki (buat setakat ini, insyaAllah makin bertambah cucu2)
#Let me introduce them.

My first brother and his family

My handsome nephews. btw, It's Hanif's sons.

K.ah and his husband. 
Dari berdua, Abah and Ma. Ditambah pula, 9 orang anak. Dikurniakan dua orang menantu dan diberikan dua orang cucu. Maka terbentuklah, The big family and of course, the harmony family. 


Thanks Abah and Ma. May Allah bless both of you. May Allah protect your marriage till Jannah. LOVE you. Without both of you, kami tak kan ada kat sini. Thanksssss.

And, And, And
Happy Anniversary, Abah Ma.

#SalamSayang. #SalamRindu. #GoodNight. 

Friday, April 4, 2014

Perjalanan sebuah kenangan.

Masih mengharapkan sebuah ikatan yang tulus sentiasa bertaut dan tak akan putus. Masih mengharapkan kesepian menjadi satu keriangan di hati. 


Semalam,
kita sama-sama berjalan seiring,
menikmati hari-hari mendatang tanpa resah,
menghargai detik-detik persahabatan nan indah,
mengecapi sebuah keakraban yang mulia,
menyenangkan semua sengketa.

Aku,
bagaikan mutiara yang sentiasa dihargai.
bagaikan bintang yang sentiasa ditatapi,
bagaikan bulan yang sentiasa diterangi,
bagaikan berlian yang sentiasa dicari.

Kau,
satu dalam sejuta,
satu dalam hitungan embun-embun,
menghadirkan sebuah keikhlasan,
menghulurkan cahaya persahabatan,
menggapai sebuah ketenangan,
dan melahirkan ikatan kasih sayang.

Masih ingatkan lagi,
di saat persahabatan ini dibina,
di saat janji diikati,
di saat tangan berjabat,
di saat pelukan dirapat.

Setiap perilakuku diterima baik olehmu.
setiap kelemahanku ditutup rapi oleh kelebihanmu,
setiap tangisanku didengari olehmu,
setiap hela tawaku berhubung dengan tawamu,

Hari ini,
kita bagaikan mengalami amnesia,
kita lupa antara kita ada ikatan,
kita lupa antara kita ada janji,
kita lupa antara kita ada semangat,
kita lupa antara kita ada kenangan,
dan kita paling lupa antara kita ada persahabatan.

Kau dan aku,
sudah ada haluan yang berbeza,
sudah tidak mengenali antara satu sama lain,
sudah tiada kata dibibir ketika mata bertemu,
tiada lagi cerita manis dan pahit untuk dikongsi,
tiada lagi rasa makanan untuk ditawarkan,
yang ada cuma secalit senyuman nipis di bibir.

Aku masih di sini menanti secebis bintang di langit,
Aku masih di sini menunggu khabar setia dari camar-camar,
dan aku masih di sini melihat kecemerlanganmu di sana.

Kau sudah berada di sana meneroka indah suasana permai,
menghadapi hari-hari tenang dengan dia yang baru,
mengejar impian untuk direalisasikan dengan jaya.

Perasaan,
SubhanaAllah, bangga aku melihatmu,
SubhanaAllah, kagum aku denganmu,
SubhanaAllah, gembira hatiku mengenalimu.


Sayangku,
Dengan rasa rendah diri,
aku mohon padamu,
usah berpaling ke belakang menantiku yang tidak kunjung tiba,
jangan mengingatiku dalam setiap dengutanmu,
jangan mencariku dalam setiap perjalananmu,
kerana aku tidak mengizinkan diriku menyakitimu.

#SalamSayang. #SalamCinta. #SalamRindu.

*Sudah lama tak berjiwang-jiwang. Hahaha. Enjoy my annoying puisi. Haha :P