Wednesday, July 16, 2014

Happy birthday, Cik Dee

Assalamualaikum and Hai.

Horrey! Today is Cik Dee's birthday
Horrey! I'm officially 19 years old.
piss. #PacikGooglePunyaPhoto.

Happy birthday to you.
Happy birthday to you. 
Happy birthday to Cik Dee a.k.a Madi. 
Happy birthday to youuuu..

Firstly, 
Seriously, I'm so happy today. Bukan sebab dapat hadiah besar. Tapi I would to thanks to The Greatest of Allah sebab hari ini. 16 Julai 2014, aku masih bernafas, masih mampu menghirup udara segar, masih diberi peluang untuk melihat mentari dan masih boleh menikmati kerdipan bintang pada malam hari pada hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-19. Alhamdulilah, Tuhan. Thank you so much. 

Ayoyo.. Umur semakin meningkat! Perangai berubah tak? Hahaa.

My List to be a mature person sesuai dengan umur.

1. Nak jadi Kalifah dan Makhluk Allah yang lebih banyak beribadat kepada-Nya dan menghargai ciptaan Tuhan di atas muka bumi ni.
2. Nak jadi pengikut Rasulullah yang sentiasa mengamalkan sunnahnya.
3. Nak jadi anak yang lebih berguna dan more respect ibu bapa. Bukan macam dulu-II, zaman tak mature. Haha.
4. Nak jadi kawan yang setia, yang sentiasa mendoakan sahabatnya meskipun berjauhan dan lebih memahami hati seorang teman.
5. Nak jadi seorang yang percaya cinta dan kasih serta setia kepada pasangannya. Seriously, this statement is joking. I don't have Boyfriend.
6. Be a good person
7. Dari semasa ke semasa, do something will make me be mature person.

Perkara aku nak buat bila umur aku mencecah 19 tahun ke atas

1. Nak always traveling, melihat dunia ciptaan Tuhan. (Traveling officially tak boleh lagilah, sebab belum ada poket money tetap)
2. Nak masuk U. bila habis STPM this year.
3. Nak pandai masak makanan especially western food. Bukan tak nak pandai masak masakan melayu. Tapi dot.dot. dot. haha.
4. Nak pi Mekah, tak boleh buat haji. Buat umrah pun jadilah.
5. Nak pi Tasmania, Australia. Nak tengok taman lavender. Haha. So, annoying. Lantaklah, tu impian aku.
6. Nak makan steamboat and sushi. (tak pernah makan lagi ni)
7. Banyaklah lagilah. Doakan aku moga-II ianya tercapai.

By the way, Terima kasih kat semua orang yang wish birthday aku melalui mesej, Facebook and wish depan-II muka yang doakan kejayaan aku dunia akhirat. Thank you so much. May Allah bless you. May Allah bless us. May Allah protect our life.
Jujur dari hatilah, aku tak mengharapkan hadiah yang besar-II, yang mewah-II untuk dihadiahi kat aku pada ulangtahun aku. Cukup sekadar doa yang ikhlas dan wish. Bila orang doakan aku, aku rasa tu hadiah yang paling mewah that I have. Aku rasa ia lebih dari segala-IInya. InsyaAllah, kejayaan yang pernah aku capai dan bakal aku capai adalah juga dari doa mereka yang ikhlas doakan aku. Sayang mereka ketat-II.

Tak lupa jugak, terima kasih kat cikgu and kawan-kawan aku yang nyanyikan lagu Happy birthday to me pagi tadi kat sekolah. Haha. Triple terharu. So, sporting and great.  6A1 girls, you're the best classmate. #Clap. And thanks again kat kawan-II (still 6A1 girls) aku yang menjaya mengadakan birthday pranks kat aku. Tahu tak, dorang bagi hadiah yang berisi tepung gandum cap SATU MALAYSIA kat aku. Lagi satu, dorang balut tepung dengan beberepa kali balutan, jenuh jugak nak bukak, lepas satu, satu balutan, Last-II tengok, just tepung gandum, ingatkan bagi kain sutera. Haha. But I'm still appreciate them. Tepung pun tepunglah, boleh buat kuih untuk raya.

6R1/6A1 girls.
ddd
This is Tepung Gandum from my birthdat prank.

Satu lagi, Pakcik Google wishes birthday akulahh. Siap ada keklah. Poyo!. hahha. Takdeelah. Mase aku sign in google petang tadi. Kat muka depan google, ada cover. Happy Birthday, Madihah. Tak percaya? Tengok gambor kat bawah. Haha. Bahagia kott..

Happy birthday, Madihah from Google. Haha.
Last but not least.
Never forget. Semakin meningkat umur, semakin kematian menghampiri. :)

Last,
 Happy Birthday, Cik Dee.
May Allah bless me.
May Allah protect my life.
May I will fulfill my dream.

#SalamRamadhan.
#AhlanWasalam

Monday, April 14, 2014

Happy Anniversary...

Assalamualaikum and Hai

SubhanaAllah.. SubhanaAllah.. SubhanaAllah..
 Happy Anniversary dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan,  Abah and Ma yang ke-31. Hari ini  14 April 2014. One of the beautiful date in this year. 14/04/83 - 14/04/14. As a child, Alhamdulilah, thanks Allah because always protect their marriage sehingga mampu kekal ke hari ini dan insyaAllah akan kekal sampai bila-bila. Amin. 

My Dad and Mom.
Let me story about this title.
Tarikh ini memang aku set dalam phone aku agar aku tak lupa untuk wish kat abah dan ma aku. Biasalah, umur makin meningkat ini, sistem otak always jem. Ayoyo. I think I should take some of  medicine. Haha. Bangun pagi tadi, macam biasalah, bersiap-siap untuk ke sekolah. Aku kan pelajar lagi. Masa siap-siap nak pergi sekolah, masa tu lah aku wish.
Ma, Abah. Happy Anniversary! 

Tapi ada yang kelakar tau. Masa balik sekolah tadi, abah aku yang jemput. Masa masuk kereta, bau KFC dari tempat duduk belakang. Abah aku nampaklah aku toleh kat seat belakang.
Abah: Abah beli KFC hari ini. Hadiah sebab ingatkan abah masa tarikh tu.
Aku: Hahaha( gelak selambe) Oke, terima kasih. Tapi abah, puasalah hari ini.
Abah: Takpo, Abah simpan.

*Luculah abah aku. Sepatutnya, aku bagi hadiah kat dia, tapi dia pula bagi hadiah KFC kat aku sebab ingat tarikh hari ni.( Anniversary mereka) 

Oke! Dah! Tak nak cerita sangat macam mana aku wish. Kembali kepada tajuk utama (dah macam guru nak mengajar anak murid je ayat aku). Alhamdulilah, hasil perkahwinan mereka berdua maka lahirlah 9 orang anak-anak yang comel-comel dan handsome-handsome  yang baik perangainya. Anak-anak yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

#MyLovelyFamily.

Hanif, K.ah , Faiz, Na, Cik Dee, Shafiq, Hariri and Amir. Kat tengah-tengah tu, my parents 
This is my family, my beloved family. Dalam gambar ni ada 8 orang anak je kan, lagi sorang tak ada kan? Lagi sorang itu Allah sudah ambil balik 'pinjamanNya' yang dipinjamkan untuk Ma dan Abah. Al-Fatihah untuknya. Macam-macam perangai yang dipamerkan oleh kami adik beradik. Alhamdulilah, mampu ditangani oleh gabungan Ma dan Abah yang always tegas dalam mendidik anak-anak mereka.

Sepanjang 31 tahun usia perkahwinan mereka, aku rasa mesti banyak onar dan duri ditempuh bersama-sama untuk bertahan sehingga ke tahap ini. Dengan pelbagai ujian terutamanya perangai anak-anak yang penuh ragam, kehilangan anak and macam-macam lagi. I'm respect both of you. 

Dalam tempoh 31 tahun juga,  Ma dan Abah dikurniakan dua orang menantu iaitu sorang menantu perempuan (isteri kepada abang aku, anak pertama) and sorang menantu lelaki (suami kepada kakak aku, anak kedua).  Dan yang paling penting, diberi kesempatan dan nikmat bergelar Atuk dan Nenek kepada dua orang cucu lelaki (buat setakat ini, insyaAllah makin bertambah cucu2)
#Let me introduce them.

My first brother and his family

My handsome nephews. btw, It's Hanif's sons.

K.ah and his husband. 
Dari berdua, Abah and Ma. Ditambah pula, 9 orang anak. Dikurniakan dua orang menantu dan diberikan dua orang cucu. Maka terbentuklah, The big family and of course, the harmony family. 


Thanks Abah and Ma. May Allah bless both of you. May Allah protect your marriage till Jannah. LOVE you. Without both of you, kami tak kan ada kat sini. Thanksssss.

And, And, And
Happy Anniversary, Abah Ma.

#SalamSayang. #SalamRindu. #GoodNight. 

Friday, April 4, 2014

Perjalanan sebuah kenangan.

Masih mengharapkan sebuah ikatan yang tulus sentiasa bertaut dan tak akan putus. Masih mengharapkan kesepian menjadi satu keriangan di hati. 


Semalam,
kita sama-sama berjalan seiring,
menikmati hari-hari mendatang tanpa resah,
menghargai detik-detik persahabatan nan indah,
mengecapi sebuah keakraban yang mulia,
menyenangkan semua sengketa.

Aku,
bagaikan mutiara yang sentiasa dihargai.
bagaikan bintang yang sentiasa ditatapi,
bagaikan bulan yang sentiasa diterangi,
bagaikan berlian yang sentiasa dicari.

Kau,
satu dalam sejuta,
satu dalam hitungan embun-embun,
menghadirkan sebuah keikhlasan,
menghulurkan cahaya persahabatan,
menggapai sebuah ketenangan,
dan melahirkan ikatan kasih sayang.

Masih ingatkan lagi,
di saat persahabatan ini dibina,
di saat janji diikati,
di saat tangan berjabat,
di saat pelukan dirapat.

Setiap perilakuku diterima baik olehmu.
setiap kelemahanku ditutup rapi oleh kelebihanmu,
setiap tangisanku didengari olehmu,
setiap hela tawaku berhubung dengan tawamu,

Hari ini,
kita bagaikan mengalami amnesia,
kita lupa antara kita ada ikatan,
kita lupa antara kita ada janji,
kita lupa antara kita ada semangat,
kita lupa antara kita ada kenangan,
dan kita paling lupa antara kita ada persahabatan.

Kau dan aku,
sudah ada haluan yang berbeza,
sudah tidak mengenali antara satu sama lain,
sudah tiada kata dibibir ketika mata bertemu,
tiada lagi cerita manis dan pahit untuk dikongsi,
tiada lagi rasa makanan untuk ditawarkan,
yang ada cuma secalit senyuman nipis di bibir.

Aku masih di sini menanti secebis bintang di langit,
Aku masih di sini menunggu khabar setia dari camar-camar,
dan aku masih di sini melihat kecemerlanganmu di sana.

Kau sudah berada di sana meneroka indah suasana permai,
menghadapi hari-hari tenang dengan dia yang baru,
mengejar impian untuk direalisasikan dengan jaya.

Perasaan,
SubhanaAllah, bangga aku melihatmu,
SubhanaAllah, kagum aku denganmu,
SubhanaAllah, gembira hatiku mengenalimu.


Sayangku,
Dengan rasa rendah diri,
aku mohon padamu,
usah berpaling ke belakang menantiku yang tidak kunjung tiba,
jangan mengingatiku dalam setiap dengutanmu,
jangan mencariku dalam setiap perjalananmu,
kerana aku tidak mengizinkan diriku menyakitimu.

#SalamSayang. #SalamCinta. #SalamRindu.

*Sudah lama tak berjiwang-jiwang. Hahaha. Enjoy my annoying puisi. Haha :P