Friday, February 7, 2014

Slurrpp! Maggi Ketam.

Assalamualaikum and Hai.

Hari ini, entry #throw back je. Wala-wala!, Aku ada banyak kenangan-kenangan tahun-tahun lepas yang nak disharekan kat sini. Biasalah, aku kan baru nak berjinak-jinak dalam dunia berblog ni. So, maybe lepas ni entry aku banyak yang throw back kot. Semua mende aku nak simpan kat blog ni. Haha. Tapi berbataslah. Bagi aku ada bende boleh share, ada benda tak boleh share. Selagi benda tu 'okey', aku sharelah. Hehe. <peace> Tak nak membebel panjang. So, layan je! 

Tahun lepas, aku pergilah makan maggi ketam kat Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu. Dah lama dah plan, tapi baru pergi. Orang lain dah kenyang dan muak makan maggi ketam. Tapi aku baru nak pergi merasa. So,malang. Nak buat macam mana semua orang sibuk. Hehe. Dalam pada semua orang sibuk, aku dah merasai kenikmatan maggi ketam dah dua kali. Kali pertama, aku pergi dengan ma, abah, adik-beradik aku yang lain. Excited giler kot. Biasalah, budak baru dapat makan maggi ketam, sebelum ni, search kat pak cik google je maggi ketam. Kali pertama pergi, tak ambil gambar pun, so, tak nak cerita panjang-panjang pengalaman itu sebab tak de gambar. Kali kedua pergi makan, sempat bawa kamera. So, ada gambarlah kan. Jadi, kali kedua makan. Aku cerita panjang-panjang sikit sebab ada gambar. Nampak sangat kan! Ada aku kesah! haha.

Ini cerita kali kedua aku pergi makan maggi ketam tau. Hari tu, hari persekolahan macam biasa. Aku pergi sekolah. bla.bla.bla. Balik pukul 2-30 petang. Aku ringkaskan cerita. Lepas asar, pergilah kami anak beranak. Cish!. Haha. Kali ini tanpa ma dengan abah aku. Just adik-beradik je. Tu pun 4 orang je termasuklah aku, Cik Dee.

Kedai maggi ketam yang aku pergi ni berdekatan dengan Jabatan Pengangkutan Awam(JPJ) Daerah Besut. Memang dekat sangat. Kedai ni outdoor (outdoor versi pemahaman aku). Haha. Simple je kedai ini. Tak ada esklusif pun. By the way, kedai ni tak ada menu lain. Just ada MAGGI KETAM sahaja. Harap Maklum! So, sape-sapa nak makan kat kedai ini, kena order maggi je. Kalau nak order makanan lain. Sila ke tempat lain ya. Dan ketam yang digunakan dalam maggi ketam adalah ketam nipah ya. Sedap sangat isi ketam ni. And aku lupa nak ambik gambar muka depan kedai maggi tu. So, tak boleh lah nak paparkan gambar kedai tu. Hehe. <peace>

Dari rumah aku untuk ke Kedai Maggi Ketam memakan masa lebih kurang 30 minit je. Borak punya borak dalam kereta, dah sampai ke destinasi. Kami adik beradik decide untuk makan di meja makan yang berbumbungkan langit. The wonderful lah. Jarang derr, makan tengok langit. Selalunya tengok atap je.
Masa nak ambik order, waiter( waiter lah sangat) akan tanya sama ada nak ketam kecil, sederhana or besar. Kami adik beradik memilih ketam sederhana je. For your information, harga maggi ketam berdasarkan saiz ketam. Makin besar ketam yang dipilih semakin mahal lah harga maggi ketam tu. 

Sementara menunggu maggi ketam masak. Waiter akan hantar air dulu. So, minumlah air tu dulu. 

Taraa.. This is air. Air aku Tea O Ben je.

Minum air separuh gelas baru maggi sampai. Agaklah lamalah juga, menunggu. Dalam 15 minit. (Aku ni hampeh bab-bab menunggu, memamg tak boleh lah)

Mempersembahkan. Taraaaa Maggi ketam!.

3 Mangkuk je ! Mangkuk lagi, adik aku dah makan awal-awal. :)

Ini Cik Dee yang punya. Haha.

Sebelum makan, ambil gambor dulu. Kalao nak tahu, makan maggi ni, berpeluh satu badan. Ayoyo... So, ambil gambar puas-puas. 


Meleleh air liur tengok ketam.

I'm with Miss Maggi Ketam. 

Before eating., Waalaaa. This's my bro.
Oke, Stop snapping the picture. Let's go to eat. Seriously, maggi ketam kat sini. Sedap sangat-II. Kuah maggi rasa aroma ketam. Memang tak menyesal lah datang sini. Untuk pengetahuan lagi, ketam nipah ini keras sikit. Tapi korang jangan risau, kedai ni menyediakan penukul untuk memukul ketam ini sehingga hancur berderai. Lamalah jugak nak habis kan satu mangkuk maggi ketam ni. Style aku maggi ketam ini, first, aku akan makan maggi dulu and hirup kuah sampai habis and then baru aku makan ketam. Mase tu, nikmatilah isi ketam yang lazat dan yang sungguh menyelerakan.

Tengoklah, muka sorang-sorang time makan maggi ketam. :)

This is my sis.


Cik Dee. 

Yummy.......
Oke-II, kenyang sudah. Berat badan pun bertambah. Kiki. Semuanya bernilai RM.... Taraaa.. Aku lupa lah sebab aku bukan aku yang bayar. Hehe. Tapi apa yang pasti bawah pada RM100 lah untuk 4 orang makan. Murah lah jugak. Tak mahal sangat. Tak murah sangat. InsyaAllah, tahun ni aku datang lagi. :)

Lepas makan, tak best lah kalau balik terus kan. So, kami adik beradik pergilah melepak kat pantai Bukit Keluang jap sebelum balik. Btw, aku suka tengok pantai. A wonderful scenery. Jarang aku pergi pantai, kalau aku dapat pergi pantai. Sememangnya aku akan menghargai detik-detik keemasan itu. Oh Yeah!

Terserlah kebahagiaan Cik Dee. :)

A great view at the beach. 

Oke. Last photo for this night.

A Funny Photo. 
Tak pernah dalam hidup aku nak melompat bagai macam nie. Haha. 

Oke-II, Last but no least. I'm happy with my life. I'm happy with myself. Hidup ini satu pengalaman, maka carilah pengalaman itu walaupun ianya sebesar zarah. Good nite, guys. Happy reading.! 

#Saranghae Yo.


Saturday, February 1, 2014

Pengacara Majlis a.k.a Master of Ceremony.

Assalamualaikum and Hai.

Pengacara Majlis! Master of Ceremony! dan seangkatan dengannya. 
..Semua perkata di atas memerlukan confident yang tinggi bila nak melakukannya..

"Madi, do you have a big confident to be Master of Ceremony for assembly at your school?"
"I don't think so. But I will try my best to be Master of Ceremony."
"Okay! If you say and think like that. Just think You can do it, Madi. Trust yourself! Be confident person."
(Monolog hati aku sebelum jadi MC hari ahad yang lepas) 

Tahukah anda, aku jadi MC dengan penuh kerelaan hati pada Ahad, 26 January 2014. Sesuatu yang tak pernah aku fikir dalam hidup aku selama ni. Dulu-II, aku  dah save dalam otak aku yang aku memang tak akan dan tak hingin nak jadi MC whatever condition. Tup-tup, aku yang merelakan diri jadi MC. Mengada je aku kan nak jadi MC, bukan confident sangat pun. :P

Meh sini, aku ceritakan sikit pengalaman first time aku menjadi Master of Ceremony singkatannya MC. 
Teks MC aku dapat 3 hari sebelum hari Ahad. Aku memang minta awal-II teks MC dengan junior aku. Aku cakap kat dia. "Dik, bagi awal sikit ya teks MC utk akak. Akak nak practice kat rumah, depan cermin. Biar lebih confident." Nasib baiklah junior aku ni seorang yang memahami. So, aku dapatlah teks tu.

Hari jumaat dengan sabtu, aku duk hafal teks tu jee. Maka berbunyilah suara aku berlatih dalam bilik tidur dan bilik air
Yang berusaha Pengetua SMK Seri Nering...bla...bla...bla..
 Aku berlatih depan kakak aku tau.. hehe. Kakak aku komenlah sikit-II. Malam Ahad (ikut kalender islam). Serius aku cakap, aku memang tak lena tidur. Berdebar tak habis-II. Malam itu juga aku banyak berlatih. Practice makes perfect. Kalau aku rasa tak kena, aku practice lagi. Sebelum aku practice, aku banyakkan berselawat and berzikir. Masa tengah practice, kalau lidah aku berbelit-belit nak sebut. Aku berhenti jap. Aku tarik nafas panjang-II, minum air masak, bertenang dan sambung balik. Ini tips aku dan insyaAllah, aku  akan amalkan tips aku ni. Kalau korang TERbaca blog aku ini, korang boleh amalkan tips aku ini. Sharing is caring. 

Jeng....jeng...jeng... Tiba hari yang dinanti-IIkan oleh aku. Sebenarnya, aku tak nantikan pun. Haha. Pagi Ahad tu, aku more confident untuk menjadi Master of Ceremony.  Aku bangun awal, sebelum subuh lagi. Selalunya, aku memang bangun awal pun. :P By the way, lepas aku siap-siapkan diri aku, aku berlatih lagi. Jemu juga aku nengok teks tu lama-II, nak buat macam. terpaksa juga nengok teks tu.

Dalam kereta nak pergi sekolah, aku tak rasa berdebar lagi. Bila sampai je kat sekolah, hati aku dah berdebar-debar dah. Aku rasa confident aku dah goyang sikit. Tapi aku buat deee je dengan perasaan aku ini. Lepas aku tanda nama kat bilik pengawas (semua pengawas kena tulis nama der, bermula tahun ini. Ala-ala push card versi tulis nama) Dulu tak ada pun macam mana.. Aku jumpa dengan GPK Pentadbiran untuk betulkan teks MC, ada masalah sikit.

Lepas settle masalah dengan GPK Pentadbiran. Aku pergi dewan. MasyaAllah, korang tahu tak, kerusi untuk cikgu duduk tak susun lagi dalam dewan. Sepatutnya, pekerja swasta sekolah yang kena susun tapi hari tu dia tak susun. Aku mula dah stress sikit sebab dengan penuh confidentnya aku bagi tahu kat GPK Pertadbiran yang kerusi dalam dewan dah susun time dia tanya tadi. Dan hari tu, dewan dibuka agak lambat. Nasib baiklah pengawas-pengawas lain datang masa aku sampai kat dewan. Arahkan diorang susun kerusi dengan cepat. Masa tu dah pukul 7.20. Perhimpunan kena mula pukul 7.35. Okay, selesai satu masalah.

Aturcara majlis perhimpunan sekolah aku pelik sikit. Kita akan menyanyikan 3 buah lagi and bacaan ikrar. Lepas tu, baru majlis akan dihandle oleh MC. Panjang aku hurai aktiviti aku sebelum majlis.. Okay-II, get straight to the point. Tak nak corner-II dah.

Lepas nyanyian, bermula kisah aku jdi Mc. Lancar je aku cakap, takde sekat-II, sebab ikut teks. Step by step aku ikut sampailah step untuk sebut nama-II guru yang bertugas. Kat situ, dah terkeluar dah suara bergetar aku. Dalam ketar, aku teruskan baca. Tak kesah sebutan nama tu betul atau tak. Janji aku sebut.
Lepas  tu, aku mempersilakan cikgu GPK Hal Ehwal Murid untuk berucap. Aku pun berlalulah ke belakang dewan. Time tu, aku tarik nafas lega tahap cipan. Dalam hati, Alhamdulilah, dah selesai sebahagian majlis perhimpunan.

Tiba-tiba, cikgu kaunselor datang kat belakang pentas dengan muka serius sambil minta senarai nama-II guru bertugas.
"Hari ni berapa hari bulan?" tanya dia, duk belek kertas tu.
"26hb" jawab aku.
"Tadi awak baca senarai nama guru berapa haribulan?"
"26hb"
Tangan cikgu duk belek kertas tu lagi.
"Kenapa cikgu?" tanya aku.
Cikgu kaunselor tak cakap pape pun kat aku. Dia cuma tunjuk. Senarai nama guru bertugas 26 January dengan 26 Mac. Dan dia berlalu dengan pesanan "Betulkan semula".

MasyaAllah, Tahu tak. Tahu tak. Aku TERsalah baca nama-II guru bertugas. Aku baca yang tarikhnya 26 Mac bukan 26 January. MasyaAllah..Astaghfirullah. Itu je yang dapat aku tuturkan buat seketika itu. Aku rasa semua confident aku yang aku kumpul dari jumaat lagi hilang begitu jee.

Aku rasa itu kesalahan terbesar aku menjadi MC. Pertama kali jadi MC aku dah buat kesalahan yang TERBESAR bukan TERKECIL. TERBESAR! Aku rasa nak balik je time tu. Betapa malunya aku. Untuk tenangkan hati aku balik time tu memang susahlah. Dengan nota-II pengumuman yang datang bertalu-talu daripada cikgu-cikgu. Tu menambahkan lagi kestressan aku. Aku cuba untuk OKAY lagi. Padahal dalam hati aku ni.. Ya Allah, Dia je yang tahu. Nasib baik, ada junior aku temankan aku masa tu. She really-really kind girl. Dia yang tenangkan aku. Dia yang support aku ketika tu.
"Kak, you can do it. Just think you can do it. Biasalah tu kesalahan. Needa dulu lagi teruk masa MC. Tergetar-getar satu badan. Nasib baik ada kawan Needa yang pegang. Kalau tak memang tumbang lah badan ni."
"Okay, Kak cuba. InsyaAllah, I can do it."
(Thank you, dear)

Lepas GPK Hal Ehwal Murid berucap. Aku pun betulkan balik nama-II guru bertugas. Alhamdulilah Tapi kat situ ada masalah lagi. Aku tersilap letak BINTI kat nama cikgu lelaki yang sepatutnya BIN masa aku sebut. Suara aku dah terketar dah kat situ. Aku malas nak layan. Aku sebut je sebab aku teringat kat Akak Senior yang bagi ceramah time kursus pengawas 2 minggu sebelum "kejadian" itu berlaku. Dia cakap kalau kita buat kesalahan time jadi MC, teruskan jee. Jangan nak minta maaf sebab kita lakukan kesalahan. Kadang-II orang tak nampak pun kita buat salah and perkara macam ni akan membuat kita gelabah. Untuk elakkan gelabah tu, teruskan je.Jadi, aku teruskan. Biar dalam hati berjuta-II malu yang aku pendam.

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah.
Akhirnya, majlis perhimpunan pagi tu yang dikemudikan oleh aku berjalan dengan lancar meskipun ada berjuta cacat cela yang datang daripada aku sendiri. Lepas tamat semua tu, aku terus masuk ke kelas. Tak nak jumpa dengan sapa-II pon. Malu tak hilang lagi derr. Ishhh.ishhh. Teruknya aku! By the way, kat sini aku nak ucap berjuta-juta terima kasih. Saranghae yo!

Thanks Allah for giving me a great experience. Pengalaman tak boleh dibeli kat mana-II pun.
Thanks for giving me a wonderful opportunity.
Thanks for giving me a great support.
 Thanks for everything. May Allah bless us.

Last but not least, kepada Cikgu-cikgu and kawan-kawan yang menegur kesalahan aku selepas assembly. Terima kasih. InsyaAllah, jika diberi peluang sekali lagi. Aku akan kurangkan melakukan kesalahan. InsyaAllah. InsyaAllah. Doakan aku. :)

And..and..and saya bangga dengan diri aku kerana boleh berhadapan dengan lebih seribu pelajar dan lebih seratus orang guru. Good job, Madi. Well done, Madi..

#InsyaAllah, kalau aku rajin and ada masa, aku akan post Kursus Kem Kepimpinan Pengawas and Majlis Watikah Pengawas. InsyaALLAH.

Salam sayang. Saranghae yo.