Assalamualaikum and Hai.
Hari ini, entry #throw back je. Wala-wala!, Aku ada banyak kenangan-kenangan tahun-tahun lepas yang nak disharekan kat sini. Biasalah, aku kan baru nak berjinak-jinak dalam dunia berblog ni. So, maybe lepas ni entry aku banyak yang throw back kot. Semua mende aku nak simpan kat blog ni. Haha. Tapi berbataslah. Bagi aku ada bende boleh share, ada benda tak boleh share. Selagi benda tu 'okey', aku sharelah. Hehe. <peace> Tak nak membebel panjang. So, layan je!
Tahun lepas, aku pergilah makan maggi ketam kat Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu. Dah lama dah plan, tapi baru pergi. Orang lain dah kenyang dan muak makan maggi ketam. Tapi aku baru nak pergi merasa. So,malang. Nak buat macam mana semua orang sibuk. Hehe. Dalam pada semua orang sibuk, aku dah merasai kenikmatan maggi ketam dah dua kali. Kali pertama, aku pergi dengan ma, abah, adik-beradik aku yang lain. Excited giler kot. Biasalah, budak baru dapat makan maggi ketam, sebelum ni, search kat pak cik google je maggi ketam. Kali pertama pergi, tak ambil gambar pun, so, tak nak cerita panjang-panjang pengalaman itu sebab tak de gambar. Kali kedua pergi makan, sempat bawa kamera. So, ada gambarlah kan. Jadi, kali kedua makan. Aku cerita panjang-panjang sikit sebab ada gambar. Nampak sangat kan! Ada aku kesah! haha.
Ini cerita kali kedua aku pergi makan maggi ketam tau. Hari tu, hari persekolahan macam biasa. Aku pergi sekolah. bla.bla.bla. Balik pukul 2-30 petang. Aku ringkaskan cerita. Lepas asar, pergilah kami anak beranak. Cish!. Haha. Kali ini tanpa ma dengan abah aku. Just adik-beradik je. Tu pun 4 orang je termasuklah aku, Cik Dee.
Kedai maggi ketam yang aku pergi ni berdekatan dengan Jabatan Pengangkutan Awam(JPJ) Daerah Besut. Memang dekat sangat. Kedai ni outdoor (outdoor versi pemahaman aku). Haha. Simple je kedai ini. Tak ada esklusif pun. By the way, kedai ni tak ada menu lain. Just ada MAGGI KETAM sahaja. Harap Maklum! So, sape-sapa nak makan kat kedai ini, kena order maggi je. Kalau nak order makanan lain. Sila ke tempat lain ya. Dan ketam yang digunakan dalam maggi ketam adalah ketam nipah ya. Sedap sangat isi ketam ni. And aku lupa nak ambik gambar muka depan kedai maggi tu. So, tak boleh lah nak paparkan gambar kedai tu. Hehe. <peace>
Dari rumah aku untuk ke Kedai Maggi Ketam memakan masa lebih kurang 30 minit je. Borak punya borak dalam kereta, dah sampai ke destinasi. Kami adik beradik decide untuk makan di meja makan yang berbumbungkan langit. The wonderful lah. Jarang derr, makan tengok langit. Selalunya tengok atap je.
Masa nak ambik order, waiter( waiter lah sangat) akan tanya sama ada nak ketam kecil, sederhana or besar. Kami adik beradik memilih ketam sederhana je. For your information, harga maggi ketam berdasarkan saiz ketam. Makin besar ketam yang dipilih semakin mahal lah harga maggi ketam tu.
Sementara menunggu maggi ketam masak. Waiter akan hantar air dulu. So, minumlah air tu dulu.
Taraa.. This is air. Air aku Tea O Ben je. |
Minum air separuh gelas baru maggi sampai. Agaklah lamalah juga, menunggu. Dalam 15 minit. (Aku ni hampeh bab-bab menunggu, memamg tak boleh lah)
Mempersembahkan. Taraaaa Maggi ketam!.
3 Mangkuk je ! Mangkuk lagi, adik aku dah makan awal-awal. :) |
Ini Cik Dee yang punya. Haha. |
Sebelum makan, ambil gambor dulu. Kalao nak tahu, makan maggi ni, berpeluh satu badan. Ayoyo... So, ambil gambar puas-puas.
Meleleh air liur tengok ketam. |
I'm with Miss Maggi Ketam. |
Before eating., Waalaaa. This's my bro. |
Oke, Stop snapping the picture. Let's go to eat. Seriously, maggi ketam kat sini. Sedap sangat-II. Kuah maggi rasa aroma ketam. Memang tak menyesal lah datang sini. Untuk pengetahuan lagi, ketam nipah ini keras sikit. Tapi korang jangan risau, kedai ni menyediakan penukul untuk memukul ketam ini sehingga hancur berderai. Lamalah jugak nak habis kan satu mangkuk maggi ketam ni. Style aku maggi ketam ini, first, aku akan makan maggi dulu and hirup kuah sampai habis and then baru aku makan ketam. Mase tu, nikmatilah isi ketam yang lazat dan yang sungguh menyelerakan.
Tengoklah, muka sorang-sorang time makan maggi ketam. :)
This is my sis. |
Cik Dee. |
Yummy....... |
Oke-II, kenyang sudah. Berat badan pun bertambah. Kiki. Semuanya bernilai RM.... Taraaa.. Aku lupa lah sebab aku bukan aku yang bayar. Hehe. Tapi apa yang pasti bawah pada RM100 lah untuk 4 orang makan. Murah lah jugak. Tak mahal sangat. Tak murah sangat. InsyaAllah, tahun ni aku datang lagi. :)
Lepas makan, tak best lah kalau balik terus kan. So, kami adik beradik pergilah melepak kat pantai Bukit Keluang jap sebelum balik. Btw, aku suka tengok pantai. A wonderful scenery. Jarang aku pergi pantai, kalau aku dapat pergi pantai. Sememangnya aku akan menghargai detik-detik keemasan itu. Oh Yeah!
Terserlah kebahagiaan Cik Dee. :) |
A great view at the beach. |
Oke. Last photo for this night.
A Funny Photo. |
Tak pernah dalam hidup aku nak melompat bagai macam nie. Haha.
Oke-II, Last but no least. I'm happy with my life. I'm happy with myself. Hidup ini satu pengalaman, maka carilah pengalaman itu walaupun ianya sebesar zarah. Good nite, guys. Happy reading.!
#Saranghae Yo.
No comments:
Post a Comment