Temanku…
Andai kamu ingin
berteman denganku
Janganlah kerana
kelebihan yang ada padaku
Mungkin dengan satu
kelemahanku
Kamu akan membenciku…
Sahabatku..
Andai kamu ingin
bersahabat denganku.
Janganlah kerana
kebijaksanaanku
Mungkin dengan satu kebodohanku
Kamu akan
meninggalkanku…
Kawanku…
Andai kau ingin
berkawan denganku
Janganlah kerana
kesempurnaan yang ada padaku
Mungkin dengan satu
kecacatanku
Kamu akan memusuhiku…
Temanku..sahabatku..kawanku..
Terimalah
aku seadanya..
Pilihlah
aku kerana Allah..
Dampingilah
aku kerana aku layak menjadi teman sejatimu..
Persahabatan kita biarlah sentiasa diredhai Allah.
Persahabatan adalah Ukhuwah..:D |
hek4... :) susah nak cari sahabt sejati.. tapi kalau jmpa mmg besttt!! :)
ReplyDeleteKan. InsyaALLAH. one day. we'll meet the best friends. :) #Hug
Delete