Sunday, February 17, 2013

Janji Persahabatan.

Temanku…
Andai kamu ingin berteman denganku
Janganlah kerana kelebihan yang ada padaku
Mungkin dengan satu kelemahanku
Kamu akan membenciku…


Sahabatku..
Andai kamu ingin bersahabat denganku.
Janganlah kerana kebijaksanaanku
Mungkin dengan satu kebodohanku
Kamu akan meninggalkanku…


Kawanku…
Andai kau ingin berkawan denganku
Janganlah kerana kesempurnaan yang ada padaku
Mungkin dengan satu kecacatanku
Kamu akan memusuhiku…


Temanku..sahabatku..kawanku..
Terimalah aku seadanya..
Pilihlah aku kerana Allah..
Dampingilah aku kerana aku layak menjadi teman sejatimu..
Persahabatan kita biarlah sentiasa diredhai Allah.


Persahabatan adalah Ukhuwah..:D

2 comments:

  1. hek4... :) susah nak cari sahabt sejati.. tapi kalau jmpa mmg besttt!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. InsyaALLAH. one day. we'll meet the best friends. :) #Hug

      Delete