Thursday, March 20, 2014

I am Speaker Dewan for Debate.

Assalamualaikum and Hai.

Alhamdulilah. Tengok tajuk kat atas. (Bibir aku ni duk tengah senyum melebar) Di tingkatan 6 atas, aku diberi kepercayaan jadi Speaker Dewan atau erti kata lain Yang Dipertua Dewan untuk pertandingan debat peringkat daerah yang berlangsung di sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering. I'm happy. :) Pertandingan debate berlangsung pada 3, 5, dan 6 Mac 2014.Awal bulan ini dan  masih menjadi perbualan di sekolah aku. Orang kata, "Baru keluar dari kuali"

By the way, tahu tak apa fungsi Speaker Dewan untuk debat ? Meh, aku ceritakan sedikit. Sedikit je ya. Speaker dewan ni macam pengacara majlislah. Dia akan memulakan dan menamatkan sesi persidangan. Dia juga yang memperkenalkan ahli-ahli yang berhormat. Fungsi dia lagi, dia mengawal sesi persidangan yang sedang dijalankan. Kalau ada ahli-ahli Yang Berhormat yang menyeleweng usul, speaker dewanlah yang kena tegur dorang. Lebih kurang macam nilah fungsi Speaker Dewan. Speaker Dewan penting tau untuk debat. Tanpa speaker dewan, tak menyeri pertandingan debat. Lagi satu, speaker dewan ni kena peka yang didebatkan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh tanya pakcik Google ya. 

Tak susah pun jadi speaker dewan sebab speaker dewan ada teks. So, kacang je. Okay. Ni, aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri jadi speaker dewan for debate. Aku mula dengan bagaimana aku boleh TERjebak dengan speaker dewan ni. One day, cikgu aku pergi kelas aku tapi time tu aku takde. Maybe dialog cikgu aku macam ni kot. (Andai aku je ni) Haha.

Cikgu : oke, minggu depan, ada pertandingan debat. Sekolah kita menjadi tuan rumah untuk pertandingan tu. Jadi cikgu naklah cari speaker dewan. Ada sape-sape berminat tak?

Mula-mula ada je kawan-kawan  aku yang berminat tapi bila tahu tugas speaker dewan ni macam ni. Terus diorang ditolak. Haha. Time kawan-kawan aku duk bincang pasal ni, aku tak berminat pun nak ambil tahu. Aku just cakap, kalao tak ada orang nak baru aku join dan jadikan aku pilihan TERAKHIR untuk jadi speaker dewan ni. Itu je ayat aku. (macam pilu je ayat aku) like kalao orang tak nak bagi lah kat aku. Kikiki.

So, kawan-kawan aku tak nak jadi speaker dewan. Maka, aku mempersilakan diri aku ini untuk menjadi speaker dewab buat kali pertamanya. So nervous. Btw, tempat pertandingan debat tu ada 4 tempat. Setiap tempat memerlukan seorang speaker dewan. So, 3 orang kawan aku telah merelakan hati mereka untuk jadi speaker dewan sama sepertiku. Haha. Poyo!.

Kalao tak salah aku, sehari je berlatih. Sebelum pertandingan berlangsung, cikgu yang berkenaan akan terang sepintas lalu pasal speaker dewan nie kepada aku and kawan-kawan aku. Sedikit sebanyak aku fahamlah, betapa pentingnya speaker dewan nie. Satu pengalaman yang menarik. :D

Oke. Pertandingan debat ni ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sebelah pagi hari pertama, cikgu-cikgu dulu yang jadi speaker dewan. Sebelah petang, barulah geng aku yang handle.

You know what. Hari pertama aku jadi speaker dewan, sangat-sangat kelam kabut. Tiba-tiba teks speaker dewan HILANG, izinkan aku ulang kembali, teks speaker dewan HILANG. Ayoyo. Cikgu-cikgu yang jadi speaker dewan sebelah pagi tak pulangkan balik teks tu. Pertandingan sesi petang bermula pukul 2.30 petang tapi 2.10 petang, aku still tak dapat lagi teks tu. Aku ni berlari macam cerita korea cari cikgu sekolah aku sebab nk teks tu. Haha. Pukul 2.15 petang baru aku dapat teks, aku berlari sekali lagi ke tempat pertandingan tu. Berpeluh, derr. Hilang bedak aku. Kikiki.

Sampai je aku dalam bilik tu (tempat pertandingan). Semua orang dah ada dalam bilik itu dan semua orang tengok aku termasuklah juri-II pandang aku. Mak aii, malunya. Rasa nk sorok muka dalam baju je. Kikiki. Oke, aku ambil lah tempat speaker dewan. Masa aku duduk kat tempat kat speaker dewan. One of juri tanya aku."Awak ke speaker dewan?" "Ya, saya speaker dewan." Rasa hebat lah time tu. Haha. Poyo!.  Sebelah kanan aku pihak kerajaan dan sebelah kiri aku pihak pembangkang  dan di hadapan aku para juri yang bijaksana dan beberapa penonton. Masa tu, dah hampir pukul 2.30 petang tapi still tak bermula lagi. Btw, aku lupa nak ambil nama-nama juri dengan cikgu aku. Dengan muka selamba badaknya, aku minta nama mereka satu persatu. Adalah sorang juri ni, tak tahulah dia perli aku ke just tanya ke.
"Awak, tak ambil pamplet ke? Kat situ ada nama juri," (senyuman nipis ditawarkan)
"Maaf cikgu, saya tak ambil," (senyuman tebal dihulurkan)
Haha. Aku just tak ambil port pon. Kiki.

Oke, dalam pukul 2.35 petang, baru mula majlis. Maka, bermula kisah aku menjadi speaker dewan yang awesome. Haha. Poyo! Aku pun bacalah teks tu dengan lancarnya dan penuh confident tanpa mengalami sekatan apa-apa. (Korang boleh search pak cik google kalao nak dapatkan teks speaker dewan.) Tapi aku rasa kedengaran kot suara aku macam agak lelah. Selepas memperkenalkan para peserta dan juri serta memberitahu syarat-syarat debat. Oh My Allah!. Aku tak tahu tajuk usul yang nak dibahaskan tu. Ayoyo sekali lagi.

Sidang dewan yang dihormati, 
Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah ………………….........................................
Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan hujah dan bidasan kepada usul tersebut..... bla. bla.bla.


Kat atas tu, perenggan dalam teks speaker dewan yang perlu speaker dewan baca dan menyebut tajuk usulnya. Time tu, memang aku tak tahu dan lupa nak tanya cikgu aku. Sekali lagi, dengan muka yang bertebal-tebal 16 inci ini aku pergi tanya peserta sebelah kanan. Tapi yang tak boleh blahnya, time syok-syok majlis berjalan, aku buat onar. Haha. Aku tengok juri-juru tersenyum dan menggelengkan kepala mereka. Para peserta dah bahang aku dah dengan ketawa mereka. Takpalah, boleh hilang nervous diorang. Btw, teruk betul aku ni. Haha. Relax lah. Pengalaman kan. 

 Lepas tu, tak ada masalah. Alhamdulilah, berjalan dengan lancar tapi aku nak cakap kat sini. Semasa perdebatan berjalan, aku rasa diri aku ni bagaikan dihargai menjadi speaker dewan sebab setiap kali peserta nak menyampaikan hujah. Dia akan sebut " Yang di-pertua, izinkan saya bla...bla..bla......."( sambil tengok muka aku) and peserta nak buat izin laluan pun minta izin dengan aku. Kikiki. Btw, aku suka tengok diorang berdebat, sangat-sangat comel. hehe. (peace) 

And hari kedua, aku jadi speaker dewan  better dari hari pertama aku jadi speaker dewan. Alhamdulilah, takde masalah. Semua berjalan lancar. Lupa nak bagitahu, sekolah aku dapat no. 3. Alhamdulilah. Pisss, kerja speaker dewan ada sijil ya from PPD Besut. Oh yeah!. <3

Perasaan aku sangat-sangat seronok, best, awesome dan macam-macam lagi. And apa yang penting, pengalaman menjadi speaker tak dibeli dikedai tapi kena alami sendiri. Thanks cikgu kerana percaya saya menjadi speaker dewan. Btw, entry ini tak ada gambar. :P

#Good night. Take care and Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment