Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014.

Assalamualaikum and hai.

Goodnye 2014
Alhamdulilah. Segala puji bagi Tuhan yang memiliki dunia dan akhirat. Akhirnya, 2014 sudah sampai penghujungnya. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Dah sampai 31 Disember 2014. Rasanya baru semalam 1 Januari 2014 tapi hari ni dah 31 Disember 2014. 

Sepanjang aku hidup selama 19 tahun, tahun nilah tahun yang paling meruntunkan jiwa, menyedihkan banyak pihak.
Pelbagai kejadian yang berlaku pada tahun ni kat Malaysia. MasyaAllah, bila Tuhan mengatakan "Kunfayakun," Semua perkara dan kuasa tak mampu menghalangNya. Satu per satu kejadian berlaku yang menguji keimanan dan ketakwaan beberapa pihak.
  • Dari cuaca sejuk yang melampau di beberapa tempat.
  • Berlaku catuan air di beberapa kawasan. Ketiadaan air. 
  • Jerebu yang tinggi.
  • Kehilangan MH370 yang sampai sekarang tiada khabar berita.
  • Kejadian MH17 yang menyebabkan banyak mangsa yang terkorban.
  • Berlaku kejadian banjir yang besar di beberapa buah negeri. 
  • Dan kejadian-II lain.
Walaupun tak ada saudara mara aku yang terbabit dalam kejadian tu, as a human yang ada hati dan perasaan, sedikit sebanyak aku dapat rasakan perkara tu. Aku cuba bayangkan itu family aku, saudara mara aku, sahabat handal aku yang mengalami kejadian itu, yang berada di situasi tu, Sungguh, rasa sedih itu. 

Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Bijaksana. Mungkin setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmah yang belum kita tahu dan rasai. Hanya Dia yang tahu. 

Hari ini, aku baca satu  puisi or kata-kata, something like thatlah, about 2014 kat WhatsApp . Ramai dah kot yang baca this puisi. Sangat-II menyentuh hati. Terima kasih untuk si penulis puisi ini. Ayat yang simple tapi tersirat dan terkesan di hati. 

2014
Kehadiranmu dinanti penuh debaran,
Kedatanganmu disambut penuh kemeriahan,
Mengharap sinar, harapan dan senyuman..

Namun siapa sangka,
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran..

Mac 2014
Perginya MH370 tanpa berita,
Perginya penuh tanda tanya,
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejas..

Feb-April 2014
Empangan kami kering,
Alam tidak sudi memberi kami air,
Jerebu menduga kami,
Seksanya hidup menyedut udara kotor,
Mungkin dari kesilapan kami sendiri..

Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa,
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa,
Hati kami bagai direntap,
Perginya MH17 tidak kembali,
Kami terduduk,
Menangisi dan meratapi perginya MH17,
Seolah-olah orang tersayang berada di sana.

Satu persatu KAU bongkarkan,
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa,
Kebocoran soalan UPSR,
 Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa.

Kini,
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri,
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17..

Betapa KAU sayangkan kami, 
KAU hantarkan petunjukMU,
KAU hantarkan petandaMU, 
Kau hantarkan ujianMU, 
Supaya kami mengingatiMU,
Supaya kami tidak lupakanMU.

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami,
Namun...
Tetap jua kami buta,
Buta dalam menilai cinta agungMU.

Kami alpa kepadaMU,
Kami jauh dariMU, 
Kami kejam dengan bumi,
Kami abaikan saudara kami,
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami.

2015
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami,
Bawalah air matamu 2014,
Pergilah bersama deritamu 2014,
Bersihkanlah kesan hitam2014,
Kami pasrah,
Kami redha.

Tuhan.
Terima kasih atas kasih sayangMU,

MH370.. Kami masih menantimu
MH17..Kami harap kamu tenang di sana,
QZ8501.. Kembalinya..
Buat mangsa banjir..
Tabahkanlah dirimu..
Kuatkanlah hatimu..

Buat semua pengajaranmu, 
terima 2014..

Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku... 

Credit to: Si penulis
Kejadian Banjir.
MH370

MH17
 Ehsan: Pakcik Google

Allah adalah sebaik-baik Perancang. Kata orang, "Mungkin Tuhan rindukan doa hamba-IInya, sebab itu Dia turunkan ujian untuk kita." Wallahualam..

2014 kian melabuh tirai.
Yang suram,
Yang buruk,
Yang pahit,
Yang perit,
Buang jauh-jauh dari ingatan agar kita dapat mencoretkan sesuatu yang lebih manis pada masa hadapan.

Biarlah yang tinggal hanya yang manis, yang perlu kenang sahaja.
Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.


#Missing you, 2014.
Banyak perkara yang berlaku, mematangkan perjalanan aku. :)


Wa'alaikumsalam 2014.
And Assalamualaikum 2015. 

Monday, December 29, 2014

Penjimatan Bateri Telefon Pintar.

Assalamualaikum and hai.

"Awak..."
"Awak..."
"Awak..."
"Ya...ya...ya awak yang kat sana tu, yang suka sangat dengan iPhone or telefon pintar or smart phone or gadjet."

Meh, baca ni. Saya nak share tips nak menjimatkan bateri phone awak. 

Semalam aku ada baca tips menjimatkan bateri phone kat satu website ni. Website, Majalah Eh! Mesti korang pernah dengarkan majalah ni kan. 
Kitakan selalu tertanya-II asal lah bateri phone aku cepat habis. Padahal, aku tak guna sangat pun.

So, hari ni aku nak share tips yang berguna untuk sesiapa yang nak baca. sesiapa yang sering kehabisan bateri. Tapi yang bateri kong tu, minta maaflah, den tak dapeet nak nolongnye!

1. Tutup Wifi
Matikan wifi telefon pintar anda kerana wifi akan terus mencari rangkaian di sekeliling jika anda tidak mematikan butang wifi di iPhone lantas menyebabkan bateri iPhone cepat kehabisan. :)

2. Tutup 3G
Tidak hairanlah jika bateri iPhone anda cepat habis kerana penggunaan 3G yang memerlukan kelajuan data yang pantas menjadi faktor kehabisan bateri. Tutup 3G apabila tidak digunakan atau di kawasan tiada liputan untuk 3G. :)

3. Malapkan lampu 
Kecerahan lampu skrin telefon mudah alih boleh mencepatkan kehabisan bateri telefon anda. Malapkan ia untuk penjimatan bateri telefon dengan lebih berkesan. :)

4. Aplikasi Battery Doctor.
Muat turun aplikasi Battery Doctor di iTunes secara percuama kerana aplikasi ini membantu anda untuk menjaga kesihatan bateri telefon pintar anda. :)

5. Tutup segala aplikasi yang terbuka.
Pengguna iPhone semestinya tahu bagaimana cara untuk menutup aplikasi yang terbuka dengan menyentuh butang 'Home' sebanyak dua kali dan aplikasi yang tidak ditutup akan dipamerkan di skrin telefon anda. Aplikasi telefon yang tidak ditutup sememangnya memakan bateri. :)

*Credit to: Majalah Eh!

Hope tips ni berguna untuk korang.
Tapi tips ni mmg berguna untuk tu.

Last, Sayangilah Bateri Telefon Pintar anda sebagai mana anda menyayanyi binatang peliharaan anda. Oh yeah!. 

Sunday, December 21, 2014

Apa aku nak buat?

Assalamualaikum and hai.

As you know, aku kan budak baru habis sekolah, tengah tunggu result STPM. So, lonie, rata-II tempat aku pergi dengan parents aku, family aku. Tak pun, orang datang rumah aku. Hampir semua orang tanya aku. 

"Nak buat apa lepas ni?"
"Apa perancangan lepas ni?"

Kalao orang putih say
"What you want doing after this?"
"What your planning?"

Aku kadang-II tak tahu nak jawab apo, sebab aku tak ada perancangan yang specific lagi. Kalau aku ada planning yang baguih and menarik. Confirm mulut aku ni duk pot pet pot pet je duk cerita planning aku. Orang tanya sepatah, aku boleh jawab berderet-II. Setiap kali orang tanya, semua jawapan aku berbeza-II, sebab aku memang tak ada detail planning time orang tanya tu. 

Kadang-II, aku sedikit bosan and serabut bila orang tanya aku a cliche question. Aku bosan dan serabut mungkin sebab aku tak tahu detail planning aku kot. So, jawapan yang paling selamat aku guna bila orang tanya aku nak buat apa. 
"Tak nak fikir lagilah, nak rehat puas-II dulu bulan 12 ni. Bulan 1 tahun depan baru nak fikir." 
Bila aku jawab macam tu, orang tu akan stop tanya aku soalan yang berkaitan dengan planning aku. 

Walaupun aku jawab macam tu, tapi otak aku dah mula ligat berfikir apa yang aku nak buat sepanjang cuti before further study. So hari ni aku nak list apa perancangan aku and apa aku nak buat sepanjang cuti nie. 

Nanti, kalau ada orang tanya aku pasal planning aku, aku nak jawab. "Boleh pergi ke blog saya, Cik Dee,  dan kat situ saya dah listkan apa perancangan saya. Awak boleh tengok dan bacalah." Fulamak!. Haha. 
Aku tak kejam sampai macam tu k. Aku still share and bagi tahu ya. Tapi secara tak langsung, kaedah ni mampu mempromosikan blog makcik yang tak seberapa follower nie. Haha. :P 

Muka aku berkerut memikirkan perancangan tahun depan. Hee.

What I going to do?
  • Firstly, aku improve aku punya bacaan Al-Quran yang banyak lagi kekurangan, yang banyak lagi kena belajar and kena baiki. Masa-II yang ada ni, why not, ambik masa sikit belajar untuk improve bacaan kita. Cikgu aku pernah request, "duk kat rumah tak buat apa-II nanti, cuba baca terjemahan Al-quran, biarlah sekali seumur hidup pun, janji awak baca terjemahan tu. Cuti-II nielah awak nak baca, nanti time sambung belajar. Tak sempat."
  • Selain Al-quran, aku nak improve juga BI aku. BI pun, masih banyak lagi perkara yang aku kena belajar. Korang jangan cakap aku mengagung-IIkan BI pula. Aku bukan nak mengagung-IIkan tapi dunia perlukan BI sampaikan aku pun terpaksa belajar BI. Sekarang, sana sini , nak BI. Itu ini,  BI. Apa-II BI. So, masa terluang ni juga, aku nak perbaiki BI aku yang aku semakin hari semakin agak kucar kacir. 
  • Aku nak baca kesemua novel yang aku beli dari awal tahun sebelum beli novel baru. Banyak buah jugaklah. Kesian kat novel-II aku tu, aku ni tahu beli je tapi tak ada masa nak baca. Kikiki. InsyaAllah, aku akan cuba habiskan kesemuanya. 
  • Aku ingat aku nak kerjalah. Tak kesahlah kerja pape pun. Tapi aku prefer pekerjaan yang aku nak kerja tu, boleh tambah skill aku, knowledge aku sebab menda-II tu semua akan bagi manfaat kat aku untuk aku guna pada masa depan. (Aku ni duk merancang nak kerja belum tentu bapak aku bagi.. Haha.)
  • Aku ingat nak diet lah sikit. Hahaha. (Serius lepas je aku habis aku tulis ayat tu, aku ketawa terbahak-II) Diet aku ni hangit-II taik ayam je. Hari nie diet, esok cheat. lusa diet, hari seterusnya cheat. Kalao aku boleh diet secara teratur and consistent, Fulamak!. Cayalah!. Haha. Dah banyak dah lemak-II degil di badan yang perlu dibuang dengan sekeras-IInya sebelum ia makin merebak di merata tempat.
  • Masa sekolahkan, aku kan, aku kan suka duk copy paste cter korea dengan kawan aku sebab nak tengok lepas habis exam. Jadi, ada lah beberapa cter korea yang aku kumpul dan masih belum ditontoni ada dalam laptop. Kerja aku sekarang memang duk layan cter korealah. Haha. Oppa, saranghae Yo!. :) Gataiii noh!. 
  • Cuti-II ni, aku nak lebih mengaktifkan diri dalam blog aku. Meaning, always update entry. Kalao sebelum ini, dalam sebulan tu, aku update 2 3 kali je. Kadang-II tu, ada bulan,  takde entry langsung. So bad! Aku kan student. Terikat dengan study. So, sekarang ni tak terikat dengan mana-II "syarikat sekolah" bolehlah luangkan masa untuk mengupdate.
  •  Dalam otak aku ni, asyik nak pergi jalan-II je. Kalaolah ada orang ajak aku pergi jejalan, kompen aku ikut tanpa ragu-II. So, jejalan juga adalah salah satu perancangan aku. Haha.*gelak nakal. 
Itu je kot perancangan aku buat masa sekarang, Tengah duk fikir lagi ni nak buat apa. Panjang giler kot gap masa sebelum aku buat something like further study untuk masa depan aku. Tension doe, pikir!

So, kepada mereka yang mempunyai persamaan dengan aku nie yang duk tanam anggur, duk besaqkan body kat rumah sebelum dapat result SPM or STPM dan lain-II dan sebelum melanjutkan pelajaran.  
macam mana pula dengan perancangan kamu? apa yang kamu nak buat? 
My tips, do something that you love and boleh bagi manfaat kepada kamu. Jangan asyik duk tido, tak baik noh. Tapi aku suka tido jugak

#Babai.. :)

Friday, December 19, 2014

My Form 6

Assalamualaikum and hai.

Alhamdulillah, I have a good time to update the entry on my blog. Rindu giler kot nak update. Aku rindu kau, blog!. haha.

And Alhamdulillah again. Pada, 26/11/2014, tamat sudah pengajian aku, perjalanan aku kat form 6 selama setahun setengah aku belajar.  Banyak sangat kenangan masa aku kat form 6. Kenangan manis dan pahit yang aku tak akan lupa. So, this entry, aku nak share perjalanan hidup aku kat form 6 kat blog nie sebab nanti bila aku dah "berumur sedikit" , tiba-tiba aku rindu pasal sekolah, aku boleh baca entry ini untuk ubat rindu. Hee.

Masa 26hb tu, walaupun dah cuti sekolah tapi aku still sekolah lagi sebab ada exam. Last paper, Ekonomi. Habis je exam hari tu, gembira bagai nak rak tapi aku still risaulah pasal exam aku (takut-II jawapan yang aku jawab tak kena dengan skema jawapan).  Aku tak balik rumah terus hari tu, Aku dengan kawan-kawan aku pergilah kat kelas aku nak ambil barang-II yang masih tertinggal kat laci meja. Seriously aku cakap, masuk jelah kelas tu. sayu je rasa. Ruang minda aku seolah-II terbayang semua perkara yang pernah berlaku dalam kelas tu pada hari tu. Situasi yang berlaku dari awal persekolahan sampailah tamat persekolahan. Macam-II yang berlaku dalam kelas tu.

My class. 6A1.
Taking a photo sempena tanda 'kemerdekaaan' and last day pakai baju sekolah, last day memegang titile budak sekolah. Haha.




Sedih giler kot nak berpisah dengan classmates. Susah senang bersama sepanjang setahun setengah.  Setiap pertemuan ada perpisahan. So, berpisah tetap berpisah tapi ada jodoh jumpa lagi dengan mereka. InsyaAllah. Saranghae yo, guys.
Lepas balik dari sekolah, rasa nak pakai lagi baju sekolah, tak nak salin lagi. Sedih je. Lepas ni, dah tak ada dah baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah... I'll miss them.

Aku ingat lagi time masuk lower form 6, 8/5/2013, student ada 28 orang time tu. Makin lama-makin berkurang. Masing-II memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di university, matrikulasi, politeknik, KPTM and another college. Last-II, yang tinggal 12 orang student je. Masa mula-II, ada juga student laki tapi last-II, semua student perempuan je. Hee.

12 girls ONLY. 
Sangat-II best belajar tanpa lelaki. (Sorry, man). We more open minded with all teacher untuk bercakap mengenai semua perkara. But sometimes, we need male student. Grrr. Haha. Bila belajar tanpa lelaki ni, tiba-II ada program yang melibatkan male student. seriously, aku cakap, rasa awkward giler. Haha. 

Sape cakap Form 6 is bad. Sape cakap Form 6 is not good. Form 6 just for the stupid student. If you say like that. You're not open minded  person and mempunyai pemikiran sangat rendah. Jujurlah aku cakap  Form 6 bukan pilihan pertama aku dan bukan pilihan terakhir aku. Pilihan yang tengah-II. Aku tak pernah cakap macam tu, Form 6 is bad, not good and others. Kau ingat senang ke Form 6. Nak-II dengan sistem pendidikan form 6 yang berubah.

Aku masuk Form 6, totally support from abah aku. Kalao tajuk cerita tu Rindu Awak 200%, in this case, Support From Dad 200%. Hati aku just 50% je nak masuk Form 6 sebab time tu aku tergila-gila nak masuk Kolej Poly Tech Mara (KPTM). So, hati aku time tu memang 50-50 lah. 50% lagi supporting from my abah, ma dan family menyebabkan aku gagahkan juga ambik Form 6. Papepun, this's because my abah. Aku ingat lagi, perbualan aku dengan abah aku before masuk Form 6,

Aku: Abah, nak gi KPTM, takse masuk Form 6. Form 6 susah.
Abah: Tahu mana susah. Belum cuba belum tahu.
Aku: Takse. Nak gi KPTM.
Abah: Ginilah (macam nilah) masuk dulu Form 6. Sekejap je. Setahun setengah je. Lepas nie, kalau nak gi mana-II (further  my study). Abah tak halang.
Aku: Yolahh (Pasrah)

Setiap kali ada masalah kat Form 6. Aku rujuk abah aku. Mula-II, masa masuk Form 6. Macam-II mende aku rungut.
"Abah, Pengajian Am nie susahlah."
"Abah, Ekonomi susahlah."
"Abah, Geografi susahlah."
"Abah, tajuk ni susahlah. Susahlah nak paham."
"Abah, banyak mende lah nak kena hafal."

Abah aku dengar je. Kadang-II, kalao ada bab yang aku tak paham, aku cakap abah aku. Abah sanggup baca buku tu and terangkan kat aku balik. How sweet and kind.
Terima kasih, abah because always support your anak ni. Tak tahulah macam mana hidup aku tanpa supporting from him. (Kalaolah abah baca ni, confirm terharu. Haha)
Terima kasih, ma sebab always doakan anak awak ni.
Saranghae Yo abah, ma:!

Rasa macam tak percaya je, pejam celik pejam celik, dah tamat dah pengajian kat form 6 or erti kata lain maka tamatlah zaman persekolahan aku untuk selama-IInya. Dulu kononlah bagi macam-II alasan sebab taknak masuk Form 6. Dulu always cakap "Bilalah nak habis Form 6. Banyak sangat masalah. Tak tahan dengan Form 6" Tapi bila dah terjatuh cinta dengan Form 6, Rasa sayang pula nak tinggal alam Form 6, terlalu banyak pahit dan manis. Berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Berjumpa dengan manusia yang sentiasa menguji hati dan iman. Berjumpa dengan cikgu-II Form 6 yang tersangatlah supporting dan very friendly.  Layanan cikgu sangat-II tak sama dengan layanan cikgu kat kita time Form 1 till Form 5. Cikgu-II more friendly dengan anak murid. It's best! Thank you, teacher. Love you!

With cikgu BM aku.
With cikgu Geografi.
Tipulah kalao aku cakap aku tak pernah tergerak hati nak berhenti dari Form 6 time orang duk syok-II belajar Form 6. Something bad happen to me. Adalah suatu hari tu, aku rasa down giler dengan Form 6. Aku rasa give-up sangat-II dah. Rasa macam dah tak boleh nak bertahan. Air mata ni asyik nak keluar je meratapi nasib aku kat Form 6. Aku stress time tu. Time tu aku hampir nak pergi pejabat nak jumpa dengan cikgu Form 6 nak minta surat berhenti sekolah. Aku ajak kawan aku. Kawan aku teman jelah, dia ingat aku bergurau time tu. Sebab aku always bergurau dengan dia. Aku always cakap aku nak berhenti sekolah ni. Stress (tak stress sangat pon, just kidding with her). Dia layan je gurau aku je. "Jom!. aku pun nak berhenti jugak ni."

Seriously, time tu aku tak bergurau langsung tapi riak muka aku still selambalah, tersenyum-II. Dia ikut jelah. Dalam perjalanan tu, otak aku fikir macam-macam. Fikir abah aku yang always support aku. Fikir 'takkan aku nak blah macam tu je. Dah separuh "jalan" aku berjalan. Takkan aku nak berhenti.'
Fikir masa depan aku. Fikir pasal hidup aku. Kalao berhenti, betapa bodohnya aku kat situ. So, dalam 100 meter lagi nak sampai, terserempak dengan cikgu aku. Tanpa aku fikir panjang. Aku pon tarik tangan kawan aku. Jalan seiring dengan cikgu masuk kelas. Tak jadi nak berhenti. Kadang-II dalam masa yang singkat, kita boleh mengubah sesuatu yang negatif kepada positive. So kat sini, aku nak tekankan, kalao nak buat pape keputusan, fikir semula, fikirkan setiap perjalanan yang kita telah lakarkan. Jangan menyesal dikemudian hari. Takmo-II.  :) <peace>



 Dan tak lupa jugak kat my beloved classmates. Terima kasih yang sudi terima aku seadanya. Terima kasih sebab always supporting each other. Terima kasih sebab sudi create kenangan-II manis masa Form 6. InsyaAllah. selagi aku boleh ingat. Aku nak ingat semua kenangan tu sama ada manis or pahit. Yang pahit mematangkan aku, Yang manis menceriakan hidup aku. Walaupun, mereka muncul dalam hidup aku baru setahun setengah tapi aku dah sayang mereka dan will miss them.

With Mr. Mattew, ETA teacher. 

Teman gaduh aku. Always "prank"  aku. 
Kaki selfie dalam kelas. 

That person always with me. Sanggup layan kerenah aku yang bermacam-II. 

See. We have own character. 
Guys, I hope our friendship always ada dan sentiasa ada walau jauh dimata tapi dekat dihati. We're the best classmates. Hope kita semua dapat result bagus and dapat masuk university.

PPU 2013/2014
STPM 2013/2014
6B1/6A1
Seriously, Form 6 is best. Form 6 is awesome. Form 6 is great.
Kalau nak bagi Form 6 tu awesome, kamu perlu lakarkan sesuatu yang manis untuk dikenangkan pada depan. :)

Lakarkan sesuatu dengan watak yang pelbagai agar watak itu dapat menari-nari di pentas kehidupan dengan bahagia.
Papepon, I'm proud with myself. Walaupun, asyik duk merungut, asyik ada masalah, selalu didatangi dengan masalah, aku berjaya menamatkan pengajian Form 6 dengan aman dan makmur. (Tak boleh cakap dengan cemerlangnya sebab result tak tahu lagi) Hee. Alhamdulilah, segala dugaan, masalah masa Form 6 dapat ditempuh dengan jayanya. Oh yeah. Result belakang cter, janji aku dah berjaya menamatkan pengajian Form 6. And Terima kasih kat semua orang yang selalu support aku, yang always ada dengan aku. Aku tak mampu nak balas. Just boleh cakap "May Allah bless you!"

Last,
Thanks to Allah for giving me these memories.

No more uniform school.
No more go to school.
No more homework.
But yes for that memories.

I'll miss them. Will. Will. Will miss them. :)