Monday, December 29, 2014

Penjimatan Bateri Telefon Pintar.

Assalamualaikum and hai.

"Awak..."
"Awak..."
"Awak..."
"Ya...ya...ya awak yang kat sana tu, yang suka sangat dengan iPhone or telefon pintar or smart phone or gadjet."

Meh, baca ni. Saya nak share tips nak menjimatkan bateri phone awak. 

Semalam aku ada baca tips menjimatkan bateri phone kat satu website ni. Website, Majalah Eh! Mesti korang pernah dengarkan majalah ni kan. 
Kitakan selalu tertanya-II asal lah bateri phone aku cepat habis. Padahal, aku tak guna sangat pun.

So, hari ni aku nak share tips yang berguna untuk sesiapa yang nak baca. sesiapa yang sering kehabisan bateri. Tapi yang bateri kong tu, minta maaflah, den tak dapeet nak nolongnye!

1. Tutup Wifi
Matikan wifi telefon pintar anda kerana wifi akan terus mencari rangkaian di sekeliling jika anda tidak mematikan butang wifi di iPhone lantas menyebabkan bateri iPhone cepat kehabisan. :)

2. Tutup 3G
Tidak hairanlah jika bateri iPhone anda cepat habis kerana penggunaan 3G yang memerlukan kelajuan data yang pantas menjadi faktor kehabisan bateri. Tutup 3G apabila tidak digunakan atau di kawasan tiada liputan untuk 3G. :)

3. Malapkan lampu 
Kecerahan lampu skrin telefon mudah alih boleh mencepatkan kehabisan bateri telefon anda. Malapkan ia untuk penjimatan bateri telefon dengan lebih berkesan. :)

4. Aplikasi Battery Doctor.
Muat turun aplikasi Battery Doctor di iTunes secara percuama kerana aplikasi ini membantu anda untuk menjaga kesihatan bateri telefon pintar anda. :)

5. Tutup segala aplikasi yang terbuka.
Pengguna iPhone semestinya tahu bagaimana cara untuk menutup aplikasi yang terbuka dengan menyentuh butang 'Home' sebanyak dua kali dan aplikasi yang tidak ditutup akan dipamerkan di skrin telefon anda. Aplikasi telefon yang tidak ditutup sememangnya memakan bateri. :)

*Credit to: Majalah Eh!

Hope tips ni berguna untuk korang.
Tapi tips ni mmg berguna untuk tu.

Last, Sayangilah Bateri Telefon Pintar anda sebagai mana anda menyayanyi binatang peliharaan anda. Oh yeah!. 

4 comments:

  1. memang Ira buat semua ni untuk jimatkan bateri... Hehehe.. Nice tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? sangat-II berkesan. bateri boleh bertahan 3 hari lah jgk. :)

      Delete