Friday, December 19, 2014

My Form 6

Assalamualaikum and hai.

Alhamdulillah, I have a good time to update the entry on my blog. Rindu giler kot nak update. Aku rindu kau, blog!. haha.

And Alhamdulillah again. Pada, 26/11/2014, tamat sudah pengajian aku, perjalanan aku kat form 6 selama setahun setengah aku belajar.  Banyak sangat kenangan masa aku kat form 6. Kenangan manis dan pahit yang aku tak akan lupa. So, this entry, aku nak share perjalanan hidup aku kat form 6 kat blog nie sebab nanti bila aku dah "berumur sedikit" , tiba-tiba aku rindu pasal sekolah, aku boleh baca entry ini untuk ubat rindu. Hee.

Masa 26hb tu, walaupun dah cuti sekolah tapi aku still sekolah lagi sebab ada exam. Last paper, Ekonomi. Habis je exam hari tu, gembira bagai nak rak tapi aku still risaulah pasal exam aku (takut-II jawapan yang aku jawab tak kena dengan skema jawapan).  Aku tak balik rumah terus hari tu, Aku dengan kawan-kawan aku pergilah kat kelas aku nak ambil barang-II yang masih tertinggal kat laci meja. Seriously aku cakap, masuk jelah kelas tu. sayu je rasa. Ruang minda aku seolah-II terbayang semua perkara yang pernah berlaku dalam kelas tu pada hari tu. Situasi yang berlaku dari awal persekolahan sampailah tamat persekolahan. Macam-II yang berlaku dalam kelas tu.

My class. 6A1.
Taking a photo sempena tanda 'kemerdekaaan' and last day pakai baju sekolah, last day memegang titile budak sekolah. Haha.




Sedih giler kot nak berpisah dengan classmates. Susah senang bersama sepanjang setahun setengah.  Setiap pertemuan ada perpisahan. So, berpisah tetap berpisah tapi ada jodoh jumpa lagi dengan mereka. InsyaAllah. Saranghae yo, guys.
Lepas balik dari sekolah, rasa nak pakai lagi baju sekolah, tak nak salin lagi. Sedih je. Lepas ni, dah tak ada dah baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah... I'll miss them.

Aku ingat lagi time masuk lower form 6, 8/5/2013, student ada 28 orang time tu. Makin lama-makin berkurang. Masing-II memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di university, matrikulasi, politeknik, KPTM and another college. Last-II, yang tinggal 12 orang student je. Masa mula-II, ada juga student laki tapi last-II, semua student perempuan je. Hee.

12 girls ONLY. 
Sangat-II best belajar tanpa lelaki. (Sorry, man). We more open minded with all teacher untuk bercakap mengenai semua perkara. But sometimes, we need male student. Grrr. Haha. Bila belajar tanpa lelaki ni, tiba-II ada program yang melibatkan male student. seriously, aku cakap, rasa awkward giler. Haha. 

Sape cakap Form 6 is bad. Sape cakap Form 6 is not good. Form 6 just for the stupid student. If you say like that. You're not open minded  person and mempunyai pemikiran sangat rendah. Jujurlah aku cakap  Form 6 bukan pilihan pertama aku dan bukan pilihan terakhir aku. Pilihan yang tengah-II. Aku tak pernah cakap macam tu, Form 6 is bad, not good and others. Kau ingat senang ke Form 6. Nak-II dengan sistem pendidikan form 6 yang berubah.

Aku masuk Form 6, totally support from abah aku. Kalao tajuk cerita tu Rindu Awak 200%, in this case, Support From Dad 200%. Hati aku just 50% je nak masuk Form 6 sebab time tu aku tergila-gila nak masuk Kolej Poly Tech Mara (KPTM). So, hati aku time tu memang 50-50 lah. 50% lagi supporting from my abah, ma dan family menyebabkan aku gagahkan juga ambik Form 6. Papepun, this's because my abah. Aku ingat lagi, perbualan aku dengan abah aku before masuk Form 6,

Aku: Abah, nak gi KPTM, takse masuk Form 6. Form 6 susah.
Abah: Tahu mana susah. Belum cuba belum tahu.
Aku: Takse. Nak gi KPTM.
Abah: Ginilah (macam nilah) masuk dulu Form 6. Sekejap je. Setahun setengah je. Lepas nie, kalau nak gi mana-II (further  my study). Abah tak halang.
Aku: Yolahh (Pasrah)

Setiap kali ada masalah kat Form 6. Aku rujuk abah aku. Mula-II, masa masuk Form 6. Macam-II mende aku rungut.
"Abah, Pengajian Am nie susahlah."
"Abah, Ekonomi susahlah."
"Abah, Geografi susahlah."
"Abah, tajuk ni susahlah. Susahlah nak paham."
"Abah, banyak mende lah nak kena hafal."

Abah aku dengar je. Kadang-II, kalao ada bab yang aku tak paham, aku cakap abah aku. Abah sanggup baca buku tu and terangkan kat aku balik. How sweet and kind.
Terima kasih, abah because always support your anak ni. Tak tahulah macam mana hidup aku tanpa supporting from him. (Kalaolah abah baca ni, confirm terharu. Haha)
Terima kasih, ma sebab always doakan anak awak ni.
Saranghae Yo abah, ma:!

Rasa macam tak percaya je, pejam celik pejam celik, dah tamat dah pengajian kat form 6 or erti kata lain maka tamatlah zaman persekolahan aku untuk selama-IInya. Dulu kononlah bagi macam-II alasan sebab taknak masuk Form 6. Dulu always cakap "Bilalah nak habis Form 6. Banyak sangat masalah. Tak tahan dengan Form 6" Tapi bila dah terjatuh cinta dengan Form 6, Rasa sayang pula nak tinggal alam Form 6, terlalu banyak pahit dan manis. Berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Berjumpa dengan manusia yang sentiasa menguji hati dan iman. Berjumpa dengan cikgu-II Form 6 yang tersangatlah supporting dan very friendly.  Layanan cikgu sangat-II tak sama dengan layanan cikgu kat kita time Form 1 till Form 5. Cikgu-II more friendly dengan anak murid. It's best! Thank you, teacher. Love you!

With cikgu BM aku.
With cikgu Geografi.
Tipulah kalao aku cakap aku tak pernah tergerak hati nak berhenti dari Form 6 time orang duk syok-II belajar Form 6. Something bad happen to me. Adalah suatu hari tu, aku rasa down giler dengan Form 6. Aku rasa give-up sangat-II dah. Rasa macam dah tak boleh nak bertahan. Air mata ni asyik nak keluar je meratapi nasib aku kat Form 6. Aku stress time tu. Time tu aku hampir nak pergi pejabat nak jumpa dengan cikgu Form 6 nak minta surat berhenti sekolah. Aku ajak kawan aku. Kawan aku teman jelah, dia ingat aku bergurau time tu. Sebab aku always bergurau dengan dia. Aku always cakap aku nak berhenti sekolah ni. Stress (tak stress sangat pon, just kidding with her). Dia layan je gurau aku je. "Jom!. aku pun nak berhenti jugak ni."

Seriously, time tu aku tak bergurau langsung tapi riak muka aku still selambalah, tersenyum-II. Dia ikut jelah. Dalam perjalanan tu, otak aku fikir macam-macam. Fikir abah aku yang always support aku. Fikir 'takkan aku nak blah macam tu je. Dah separuh "jalan" aku berjalan. Takkan aku nak berhenti.'
Fikir masa depan aku. Fikir pasal hidup aku. Kalao berhenti, betapa bodohnya aku kat situ. So, dalam 100 meter lagi nak sampai, terserempak dengan cikgu aku. Tanpa aku fikir panjang. Aku pon tarik tangan kawan aku. Jalan seiring dengan cikgu masuk kelas. Tak jadi nak berhenti. Kadang-II dalam masa yang singkat, kita boleh mengubah sesuatu yang negatif kepada positive. So kat sini, aku nak tekankan, kalao nak buat pape keputusan, fikir semula, fikirkan setiap perjalanan yang kita telah lakarkan. Jangan menyesal dikemudian hari. Takmo-II.  :) <peace>



 Dan tak lupa jugak kat my beloved classmates. Terima kasih yang sudi terima aku seadanya. Terima kasih sebab always supporting each other. Terima kasih sebab sudi create kenangan-II manis masa Form 6. InsyaAllah. selagi aku boleh ingat. Aku nak ingat semua kenangan tu sama ada manis or pahit. Yang pahit mematangkan aku, Yang manis menceriakan hidup aku. Walaupun, mereka muncul dalam hidup aku baru setahun setengah tapi aku dah sayang mereka dan will miss them.

With Mr. Mattew, ETA teacher. 

Teman gaduh aku. Always "prank"  aku. 
Kaki selfie dalam kelas. 

That person always with me. Sanggup layan kerenah aku yang bermacam-II. 

See. We have own character. 
Guys, I hope our friendship always ada dan sentiasa ada walau jauh dimata tapi dekat dihati. We're the best classmates. Hope kita semua dapat result bagus and dapat masuk university.

PPU 2013/2014
STPM 2013/2014
6B1/6A1
Seriously, Form 6 is best. Form 6 is awesome. Form 6 is great.
Kalau nak bagi Form 6 tu awesome, kamu perlu lakarkan sesuatu yang manis untuk dikenangkan pada depan. :)

Lakarkan sesuatu dengan watak yang pelbagai agar watak itu dapat menari-nari di pentas kehidupan dengan bahagia.
Papepon, I'm proud with myself. Walaupun, asyik duk merungut, asyik ada masalah, selalu didatangi dengan masalah, aku berjaya menamatkan pengajian Form 6 dengan aman dan makmur. (Tak boleh cakap dengan cemerlangnya sebab result tak tahu lagi) Hee. Alhamdulilah, segala dugaan, masalah masa Form 6 dapat ditempuh dengan jayanya. Oh yeah. Result belakang cter, janji aku dah berjaya menamatkan pengajian Form 6. And Terima kasih kat semua orang yang selalu support aku, yang always ada dengan aku. Aku tak mampu nak balas. Just boleh cakap "May Allah bless you!"

Last,
Thanks to Allah for giving me these memories.

No more uniform school.
No more go to school.
No more homework.
But yes for that memories.

I'll miss them. Will. Will. Will miss them. :)

No comments:

Post a Comment