Assalamualaikum and hai.
As you know, aku kan budak baru habis sekolah, tengah tunggu result STPM. So, lonie, rata-II tempat aku pergi dengan parents aku, family aku. Tak pun, orang datang rumah aku. Hampir semua orang tanya aku.
"Nak buat apa lepas ni?"
"Apa perancangan lepas ni?"
Kalao orang putih say
"What you want doing after this?"
"What your planning?"
Aku kadang-II tak tahu nak jawab apo, sebab aku tak ada perancangan yang specific lagi. Kalau aku ada planning yang baguih and menarik. Confirm mulut aku ni duk pot pet pot pet je duk cerita planning aku. Orang tanya sepatah, aku boleh jawab berderet-II. Setiap kali orang tanya, semua jawapan aku berbeza-II, sebab aku memang tak ada detail planning time orang tanya tu.
Kadang-II, aku sedikit bosan and serabut bila orang tanya aku a cliche question. Aku bosan dan serabut mungkin sebab aku tak tahu detail planning aku kot. So, jawapan yang paling selamat aku guna bila orang tanya aku nak buat apa.
"Tak nak fikir lagilah, nak rehat puas-II dulu bulan 12 ni. Bulan 1 tahun depan baru nak fikir."
Bila aku jawab macam tu, orang tu akan stop tanya aku soalan yang berkaitan dengan planning aku.
Walaupun aku jawab macam tu, tapi otak aku dah mula ligat berfikir apa yang aku nak buat sepanjang cuti before further study. So hari ni aku nak list apa perancangan aku and apa aku nak buat sepanjang cuti nie.
Nanti, kalau ada orang tanya aku pasal planning aku, aku nak jawab. "Boleh pergi ke blog saya, Cik Dee, dan kat situ saya dah listkan apa perancangan saya. Awak boleh tengok dan bacalah." Fulamak!. Haha.
Aku tak kejam sampai macam tu k. Aku still share and bagi tahu ya. Tapi secara tak langsung, kaedah ni mampu mempromosikan blog makcik yang tak seberapa follower nie. Haha. :P
Muka aku berkerut memikirkan perancangan tahun depan. Hee. |
What I going to do?
- Firstly, aku improve aku punya bacaan Al-Quran yang banyak lagi kekurangan, yang banyak lagi kena belajar and kena baiki. Masa-II yang ada ni, why not, ambik masa sikit belajar untuk improve bacaan kita. Cikgu aku pernah request, "duk kat rumah tak buat apa-II nanti, cuba baca terjemahan Al-quran, biarlah sekali seumur hidup pun, janji awak baca terjemahan tu. Cuti-II nielah awak nak baca, nanti time sambung belajar. Tak sempat."
- Selain Al-quran, aku nak improve juga BI aku. BI pun, masih banyak lagi perkara yang aku kena belajar. Korang jangan cakap aku mengagung-IIkan BI pula. Aku bukan nak mengagung-IIkan tapi dunia perlukan BI sampaikan aku pun terpaksa belajar BI. Sekarang, sana sini , nak BI. Itu ini, BI. Apa-II BI. So, masa terluang ni juga, aku nak perbaiki BI aku yang aku semakin hari semakin agak kucar kacir.
- Aku nak baca kesemua novel yang aku beli dari awal tahun sebelum beli novel baru. Banyak buah jugaklah. Kesian kat novel-II aku tu, aku ni tahu beli je tapi tak ada masa nak baca. Kikiki. InsyaAllah, aku akan cuba habiskan kesemuanya.
- Aku ingat aku nak kerjalah. Tak kesahlah kerja pape pun. Tapi aku prefer pekerjaan yang aku nak kerja tu, boleh tambah skill aku, knowledge aku sebab menda-II tu semua akan bagi manfaat kat aku untuk aku guna pada masa depan. (Aku ni duk merancang nak kerja belum tentu bapak aku bagi.. Haha.)
- Aku ingat nak diet lah sikit. Hahaha. (Serius lepas je aku habis aku tulis ayat tu, aku ketawa terbahak-II) Diet aku ni hangit-II taik ayam je. Hari nie diet, esok cheat. lusa diet, hari seterusnya cheat. Kalao aku boleh diet secara teratur and consistent, Fulamak!. Cayalah!. Haha. Dah banyak dah lemak-II degil di badan yang perlu dibuang dengan sekeras-IInya sebelum ia makin merebak di merata tempat.
- Masa sekolahkan, aku kan, aku kan suka duk copy paste cter korea dengan kawan aku sebab nak tengok lepas habis exam. Jadi, ada lah beberapa cter korea yang aku kumpul dan masih belum ditontoni ada dalam laptop. Kerja aku sekarang memang duk layan cter korealah. Haha. Oppa, saranghae Yo!. :) Gataiii noh!.
- Cuti-II ni, aku nak lebih mengaktifkan diri dalam blog aku. Meaning, always update entry. Kalao sebelum ini, dalam sebulan tu, aku update 2 3 kali je. Kadang-II tu, ada bulan, takde entry langsung. So bad! Aku kan student. Terikat dengan study. So, sekarang ni tak terikat dengan mana-II "syarikat sekolah" bolehlah luangkan masa untuk mengupdate.
- Dalam otak aku ni, asyik nak pergi jalan-II je. Kalaolah ada orang ajak aku pergi jejalan, kompen aku ikut tanpa ragu-II. So, jejalan juga adalah salah satu perancangan aku. Haha.*gelak nakal.
Itu je kot perancangan aku buat masa sekarang, Tengah duk fikir lagi ni nak buat apa. Panjang giler kot gap masa sebelum aku buat something like further study untuk masa depan aku. Tension doe, pikir!
So, kepada mereka yang mempunyai persamaan dengan aku nie yang duk tanam anggur, duk besaqkan body kat rumah sebelum dapat result SPM or STPM dan lain-II dan sebelum melanjutkan pelajaran.
macam mana pula dengan perancangan kamu? apa yang kamu nak buat?
My tips, do something that you love and boleh bagi manfaat kepada kamu. Jangan asyik duk tido, tak baik noh. Tapi aku suka tido jugak.
#Babai.. :)
No comments:
Post a Comment