Saturday, May 16, 2015

#SelamatHariGuru

Assalamualaikum and Hai..

Rasanya as a anak murid, no word to describe tentang jasa guru yang terlalu banyak. Aku dulu tak masuk tadika, tadika lah pape pun, memang aku tak masuk tadika. Aku membesar kat taska je. Taska itu pun dekat dengan rumah lama, jalan 5 minit dah sampai. So, kalau budak-II lain kenal ABC masa tadika lagi, aku kenal ABC lebih mendalam kat darjah satu. Masa tu kan umur aku 6 tahun, aku dah masuk sekolah dah. Jadi budak tumpangan darjah satu. So, dari umur aku 6 tahun, aku dah kenal cikgu-II. Masa darjah satu kan, cikgu tak garang-II lagi. So, memang sayang cikgu ketat-II lah. Haha. Kalao cikgu garang pun, aku still sayang kat cikgu juga.

Bila sebut je 16 Mei dan hari ni 16 Mei, minda aku secara automik duk teringat Hari Guru and terbayangkan muka cikgu-II yang mengajar aku dari aku darjah satu sampailah tingkatan 6. Tambah-II aku dah tak jadi budak sekolah (tahun lepas baru habis Form6) rasa rindu dan rasa sangat menghargai setiap jasa-II cikgu yang pernah mengajar aku. 

Hari Guru tahun ni, aku bukan lagi budak sekolah yang sibuk handle pasal Hari Guru seperti tahun lepas, Jadi aku ingat entry untuk #SelamatHariGuru. Aku nak throwback sambutan Hari Guru tahun lepas. Boleh kan? Haha. Nanti tua-II boleh baca balik. #Peace.

Tahun lepas, Hari Guru memang best giler lah. Cikgu-II semua sporting sesangat. Barisan pentadbiran sekolah sangat happening, diorang siap menyanyi lagi.

Perarakan cikgu-II ke dewan. 
Normally, pagi-II hari guru, ada ucapan, nyanyian hari guru etc kat dalam dewan. Tapi pagi tu, aku memang tak masuk dewan terus. So, memang aku tak tahu langsung apa yang berlaku kat dalam dewan tu. Aku sibuk dengan persiapan gimik sempena hari guru.

Kad Hari Guru From Student to Pengetua.
Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.
*Acara dalam dewan, time pagi.

Gimik Hari Guru just simple. Melepaskan 30 biji belon helium ke udara. Actually, nak belon tu banyak, tapi tak cukup masa. Btw, nak berlagak sikit, idea yang nak lepaskan belon, that's idea from me. Okelah, Not only from me but also my friends. But still main idea from aku. Haha.
Sebab apa nak lepaskan belon helium. For me, belon tu seperti kebebasan bagi cikgu. So, sempena hari guru ni, cikgu-II bebas dari mengajar, mendidik. This is time for our teachers rest and enjoy.

Preparation for 30 belon helium.
Masa ni, panik sesangat. Belon still tak siap lagi tapi majlis kat dewan dah hampir nak siap. Aku ni tak boleh panik-II. Kalo dah panik, perasaan panik tu akan bertukar menjadi a little bit stress. Oh yeah.
Calm down. Calm down. Selesai je persiapan belon seiring dengan selesainya majlis kat dalam dewan.. Huuu. Lega sesangat.

Cikgu-II dan student lain-II berkumpul kat dataran untuk gimik hari guru.


Masa ini memang semuo orang melengok ke atas. Nak tengok belon tu terbang tang mana.
Habis je gimik ni, semua cikgu duk siap-II untuk aktiviti sukaneka. Macam-IIlah aktiviti yang ada. Rasa kelakar sesangat tengok cikgu main. Selalunya, tengok budak-II je excited duk main. Ini live depan mata, tengok cikgu super double excited main. So fun! Ingat senang ke nak nengok cikgu yang always strict, yang always serius duk main sambil gelak-II like student. 

A few of activity for teacher
Hari Guru akan jadi tak best kalau tak ada persembahan dari teacher or student, right? Last acara untuk hari guru adalah persembahan dari guru dan student. Aku sangat enjoy dengan persembahan mereka. Memang funlah.  They are super sporting. Cikgu yang tak pernah menyanyi pun, pakat duk menyanyi sempena hari guru ni. 
Persembahan from teacher and student. 
Persembahan paling awesome dari pihak pentadbiran sekolah. 
*Sebenarnya, gambar banyak sesangat. Tapi aku memang tak larat nak masukkan bebanyak gambar. So.. ini je lah.

Tu je kot my Hari Guru throwback. Tahun lepas memang duk niat, nak sambut hari guru dengan perasaan happy je.  Sebab dah fikir siap-II, last sambut hari guru as a student. Cewah!.

**********
Last but not least.
Selamat Hari Guru. Happy Teacher's Day untuk semua cikgu-II yang pernah, sedang dan akan mengajar aku. Cikgu-II dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. May Allah bless you. Semoga sentiasa diberikan semangat untuk terus mengajar dan mengajar. InsyaAllah, jasa cikgu akan sentiasa dikenang oleh anak-II didikmu.  Thank you, teachers for teaching me. Love you, teachers

#SelamatHariGuru

No comments:

Post a Comment