Friday, July 24, 2015

Ujian Ketika Bertunang

Assalamualaikum..

Am reading this in my facebook. #CopyPaste situation. 
Just a little advice for us especially yang sedang bertunang. 


Kata seorang guru: 

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah dan istikarah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada- adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu. 

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangannya akan sentiasa dihias dengan syaitan lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib lalu berlakulah penceraian dan sebagainya. 

Sekarang ni, ramai yang akan dan  sedang bertunang termasuklah beberapa orang kawan aku yang selamat bertunang dengan cinta hati mereka. Aku harap mereka dapat menempuh segala ujian dan dugaan sepanjang mereka bertunang sebelum ke jinjang pelamin. Amin.

Happy engagement!
May Allah ease your engagement and married.  

1 comment:

  1. assalamualaikum
    cer check www.rasboo.com cam cantik kad kahwin dia

    ReplyDelete