Alhamdulilah. Segala puji bagi Tuhan yang memiliki dunia dan akhirat. Akhirnya, 2014 sudah sampai penghujungnya. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Dah sampai 31 Disember 2014. Rasanya baru semalam 1 Januari 2014 tapi hari ni dah 31 Disember 2014.
Sepanjang aku hidup selama 19 tahun, tahun nilah tahun yang paling meruntunkan jiwa, menyedihkan banyak pihak.
Pelbagai kejadian yang berlaku pada tahun ni kat Malaysia. MasyaAllah, bila Tuhan mengatakan "Kunfayakun," Semua perkara dan kuasa tak mampu menghalangNya. Satu per satu kejadian berlaku yang menguji keimanan dan ketakwaan beberapa pihak.
- Dari cuaca sejuk yang melampau di beberapa tempat.
- Berlaku catuan air di beberapa kawasan. Ketiadaan air.
- Jerebu yang tinggi.
- Kehilangan MH370 yang sampai sekarang tiada khabar berita.
- Kejadian MH17 yang menyebabkan banyak mangsa yang terkorban.
- Berlaku kejadian banjir yang besar di beberapa buah negeri.
- Dan kejadian-II lain.
Walaupun tak ada saudara mara aku yang terbabit dalam kejadian tu, as a human yang ada hati dan perasaan, sedikit sebanyak aku dapat rasakan perkara tu. Aku cuba bayangkan itu family aku, saudara mara aku, sahabat handal aku yang mengalami kejadian itu, yang berada di situasi tu, Sungguh, rasa sedih itu.
Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Bijaksana. Mungkin setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmah yang belum kita tahu dan rasai. Hanya Dia yang tahu.
Hari ini, aku baca satu puisi or kata-kata, something like thatlah, about 2014 kat WhatsApp . Ramai dah kot yang baca this puisi. Sangat-II menyentuh hati. Terima kasih untuk si penulis puisi ini. Ayat yang simple tapi tersirat dan terkesan di hati.
2014
Kehadiranmu dinanti penuh debaran,
Kedatanganmu disambut penuh kemeriahan,
Mengharap sinar, harapan dan senyuman..
Namun siapa sangka,
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran..
Mac 2014
Perginya MH370 tanpa berita,
Perginya penuh tanda tanya,
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejas..
Feb-April 2014
Empangan kami kering,
Alam tidak sudi memberi kami air,
Jerebu menduga kami,
Seksanya hidup menyedut udara kotor,
Mungkin dari kesilapan kami sendiri..
Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa,
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa,
Hati kami bagai direntap,
Perginya MH17 tidak kembali,
Kami terduduk,
Menangisi dan meratapi perginya MH17,
Seolah-olah orang tersayang berada di sana.
Satu persatu KAU bongkarkan,
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa,
Kebocoran soalan UPSR,
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa.
Kini,
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri,
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17..
Betapa KAU sayangkan kami,
KAU hantarkan petunjukMU,
KAU hantarkan petandaMU,
Kau hantarkan ujianMU,
Supaya kami mengingatiMU,
Supaya kami tidak lupakanMU.
Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami,
Namun...
Tetap jua kami buta,
Buta dalam menilai cinta agungMU.
Kami alpa kepadaMU,
Kami jauh dariMU,
Kami kejam dengan bumi,
Kami abaikan saudara kami,
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami.
2015
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami,
Bawalah air matamu 2014,
Pergilah bersama deritamu 2014,
Bersihkanlah kesan hitam2014,
Kami pasrah,
Kami redha.
Tuhan.
Terima kasih atas kasih sayangMU,
MH370.. Kami masih menantimu
MH17..Kami harap kamu tenang di sana,
QZ8501.. Kembalinya..
Buat mangsa banjir..
Tabahkanlah dirimu..
Kuatkanlah hatimu..
Buat semua pengajaranmu,
terima 2014..
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...
Credit to: Si penulis
Allah adalah sebaik-baik Perancang. Kata orang, "Mungkin Tuhan rindukan doa hamba-IInya, sebab itu Dia turunkan ujian untuk kita." Wallahualam..
2014 kian melabuh tirai.
Yang suram,
Yang buruk,
Yang pahit,
Yang perit,
Buang jauh-jauh dari ingatan agar kita dapat mencoretkan sesuatu yang lebih manis pada masa hadapan.
Biarlah yang tinggal hanya yang manis, yang perlu kenang sahaja.
Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.
#Missing you, 2014.
Banyak perkara yang berlaku, mematangkan perjalanan aku. :)
Wa'alaikumsalam 2014.
And Assalamualaikum 2015.
Biarlah yang tinggal hanya yang manis, yang perlu kenang sahaja.
Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.
#Missing you, 2014.
Banyak perkara yang berlaku, mematangkan perjalanan aku. :)
Wa'alaikumsalam 2014.
And Assalamualaikum 2015.