Saturday, December 19, 2015

Sem 1 Dah Habis!

Assalamualaikum and Salam Rindu.

Teruknya sepanjang aku duk kat sini, dalam 5 bulan. Baru sekali aku update blog. Kuang ajar!. But don't worry, blog, #Akustillsayangkaublog.

Wah, aku dah habis dah sem 1. Rasa sekejap sangat. Rasa semalam baru MDS(Minggu Destini Siswa). Baru semalam kenal roomate, classmate, lecturer and people at UiTM. Tup tup dah habis. Tapi assignment still tak habis lagi. Ada 1 lagi assignment yang submit next week. Oh My!. #BadFace.
Sekarang ni dah start study week and 28/12 start exam. Btw, wish me luck!

Ini masa MDS. 

Ini masa hari pertama minggu kelas kot. Aku lupa
Sepanjang sem 1, macam- macam perkara berlaku. Aku tak suka melukis, tapi ada subject yang KENA melukis. Aku melukis dalam KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN. Aku macam terkena kejutan budaya jap. Haha. 




Mungkin dari mata seni, lukisan aku ni nothing. Tapi pada mata aku. "Good, Madi." Dari dulu lagi aku memang tak suka melukis. Aku lebih rela perah otak aku pikir penyelesaian matematik dari melukis.

Aku pernah naik bus sorang sorang tapi yang malangnya aku naik bus salah. Seriuosly, masa aku kat rumah, aku tak naik bus untuk pergi mana mana. Kalau naik bus pun, lawatan sekolah je. Aku memang tak berani nak naik public bus. Masa tu, aku nak menangis giler giler. Biasalah kan awal awal aku tak ingat sangat jadual bus. Itu yang sesat tu. Tapi sekarang ni, aku dah terror dah naik bus. Siap hafal lagi jadual bus. #proud. Ahaks.

Yang ni aku bersyukur sangat, aku kenal dengan orang-orang baik. Roomates, classmates, lecturer and public people at UiTM. Dorang sangat baik, friendly. Bila ada pape, kita orang tolong each other.

Aku dah mula suka dengan kehidupan kat sini, persekitaran kat sini, orang orang kat sini. Tak macam awal-awal dulu, asyik merungut je, asyik tak suka je. Semoga Allah tak tarik balik apa yang Dia bagi kat aku bila aku dah mula sayang semuanya. :)

And sangat sangat berharap SEM 2 better than SEM 1.
Happy Study Week!

Saturday, September 12, 2015

Aku Dapat Masuk U!

Assalamualaikum and Hai..

Lama giler tak update blog. Oke! cliche statement. Haha.
Ini kisah berzaman punya cerita, tak ada berzaman sangat. Salah satu impian aku untuk tahun ni ialah AKU NAK SAMBUNG BELAJAR untuk program ijazah. And alhamdulilah, Allah makbulkan doa aku dan impian aku terlaksana. Alhamdulilah again. Thanks Allah. Love You!

Aku dapat sambung belajar kat UiTM Shah Alam dalam kos Pengurusan Taman Dan Ameniti.

"Hey girl! What's that?"
"What the point of your course?"

Kalau nak tahu sangat, awak boleh search google. Kalau nak tahu lambat, awak tunggu aku update entry pasal course dengan lebih detail dan lanjut ya. :) 

Nak terangkan dalam entry ni, rasanya tak boleh lagi kot sebab aku pun tengah buat research pasal course aku. Apa yang aku boleh komen pasal course aku buat masa sekarang. Okelah. Macam best je course ni. Tu je komen aku :)

Being Mahasiswi?
Setakat ni oke lagi, tak ada masalah lagi. Tapi minggu pertama kedua, minggu yang memenatkanlah sebab banyak benda yang nak kena handle, nak daftar courselah, nak kena pi dengar taklimat lah apa lah. Still a fun.. Oke! Aku tipu! Haha. Tak fun.

Last, aku rasa tak terlambat lagi untuk aku wish tahniah kat semua orang yang dapat sambung belajar tak kiralah belajar kat mana mana pon. Tahniah sekali lagi. Belajar elok elok ladies and gentleman. Make your parents proud of you. Good luck, guys. :)  

Friday, July 31, 2015

July Baby's Personality

Assalamualaikum. 

Today is end of July 2015.
Just wanna share July Baby's Personality. 
 I'm one of July baby. Oh yeah!


A few of that personalities are very right with me :-
  • Fun to be with.
  • Difficult to fathom and to be understood. 
  • Secretive.
  • Easily consoled.
  • Emotional temperamental and unpredictable. 
  • Easily hurt.
  • Forgiving but never forget. 
  • Loves to be friends
  • Always broods about the past and the old friends.
  • Not aggressive unless provoked.
  • Easily hurt but takes long to recover.
So, how about you? Do you same with me?

Goodnite!

Result UPU Dah Nak Keluar!

Assalamualaikum..

You know what? My raya mood had spoiled by this annoying photo. Serius! Hahaha.
Tak tahu nak excited ke tak? Tak tahu nak kena bimbang ke tak? Nak kena cemas ke tak?
Boleh ke macam tu? haha. #ChildrenQuestions.

Apa yang aku boleh nasihat untuk diri aku:-
Just wait and see.
and tawakal.
 Bila perkataan tawakal aku set in my mind, aku kena tanam perkataan redha dan pasrah. So, tak adalah aku nak menangis teresak-esak sangat (still menangis tapi tak teruk) bila result tu negatif. :)
This is life, tak semuanya manis.

Aku berharap result tu positiflah, dan that result can make me grinning. A wide smile.
And I can tell everybody who always support me proudly "I can further my studies. Oh yeah!"

Wish me luck.

Saturday, July 25, 2015

Happy Syawal 2015

Assalamualaikum..

Raya kan sebulan, jadi tak terlambat lagi kan untuk aku wishes Selamat Hari Raya kat mereka yang sudi baca, sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa nak giat update ni. Aku nak minta maaf kalau sepanjang hangpa tetiba guna hangpa duk singgah kat blog aku nie, hangpa ada terasa dengan ayat-ayat aku ke, apa ke. Aku minta maaf ya.

Dan tak lupa juga yang duk ngumpat dari segi positif or negatif kat aku semasa hangpa datang melepak-lepak kat blog aku, aku maafkan. 0-0 ya. :) #MulakanHidupBaru.

Raya tahun ni, best sangat sebab semua orang ada. 

My big family.


Kesian kat mak aku, she still not ready but my sis already click the monopod button. 
 Happy Syawal, readers.
Happy Puasa Enam
Happy Rumah Terbuka
Happy Malay Food. 

Sayang Awak Semua. 

Friday, July 24, 2015

Ujian Ketika Bertunang

Assalamualaikum..

Am reading this in my facebook. #CopyPaste situation. 
Just a little advice for us especially yang sedang bertunang. 


Kata seorang guru: 

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah dan istikarah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada- adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu. 

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangannya akan sentiasa dihias dengan syaitan lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib lalu berlakulah penceraian dan sebagainya. 

Sekarang ni, ramai yang akan dan  sedang bertunang termasuklah beberapa orang kawan aku yang selamat bertunang dengan cinta hati mereka. Aku harap mereka dapat menempuh segala ujian dan dugaan sepanjang mereka bertunang sebelum ke jinjang pelamin. Amin.

Happy engagement!
May Allah ease your engagement and married.  

Thursday, July 16, 2015

Happy Sweet Twenty, Cik Dee

Assalamualaikum..

Happy birthday..
Selamat Hari Jadi..



Oh Yeah! I'm already twenty. Alhamdulilah. 
Tak sangka rasanya, dah 20 tahun hidup atas muka bumi ni. #Peace.
I have an awesome family.
I have a lot of kind-and-happy friends.
I have a nice relationship with people who surrounding me.
Sangat sangat berterima kasih dengan Allah for giving me all that!

 My wishes! Aku sangat-sangat berharap all of my resolutions come true. Biar lambat asalkan semua yang aku nak tercapai. InsyaAllah. Banyak benda yang aku nak buat dalam hidup ini. Semakin meningkat usia aku semakin banyak perkara yang aku nak buat. Kalau nak listkan perkara yang aku buat tu memang tak cukup dakwah pen!. #kononlahsangat. Harap-harap semuanya akan tercapai. But I never forget "Aku yang merancang Tuhan menentukan," :)

Tahun ini aku gedik sikit nak hadiah, tahun sebelum ni okey je tak ada hadiah.
Aku just nak result UPU say "Tahniah, anda ditawarkan belajar di U blabla dengan course blabla." Itu je hadiah yang aku nak tahun ni. Yang lain aku taknak. Kalau aku dapat tu, hadiah yang the best untuk tahun ni. :)

Terima kasih to a lot of people who wishes and doa for me. May Allah bless you. May Allah love you always. Doakan aku selalu. Your doa is the best-awesome gift for me. :)

Happy birthday to you, Cik Dee!
May Allah sayang you always!


Wednesday, July 1, 2015

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus Tentang Wanita Haid

Assalamualaikum..
Happy 16th Ramadhan.

Tak kira lelaki dan perempuan perlu tahu tentang situasi perempuan yang kedatangan haid. 
#BacaDanFaham








#AddOurKnowledge!

Monday, June 29, 2015

Zaman Kanak-Kanak Aku Tanpa Gadjet

Assalamualaikum..

Aku rasa sangat sangat beruntung dan sangat sangat bangga, zaman kanak kanak aku tak dimusnahkan oleh kedatangan gadjet, phone, lappy etc. Very thankful!

Aku membesar dengan mainan yang real. It's means permainan yang aku rasa, aku tengok, aku alami. Betapa bestnya main lepastu jatuh, main lagi. Jatuh sampai tinggal parut, sampai sekarang parut jatuh  itu tak hilang. Haha.
 Bukan permainan dalam gadjet yang sekarang ni kanak kanak sibuk menghabiskan masa petang mereka dengan terperak dalam rumah, bukak phone, bukak lappy and main. No life! Serius! No life!

Sangat-II merindui zaman kanak-II yang super double awesome. 

Ehsan Pakcik Facebook
Wahai kanak-II, hargailah zaman kanak-II awak.
Terokailah semua permainan yang real. Takpa, jatuh boleh bangun balik. Kalau tinggal parut, boleh bubuh Bio Oil. Don't morry.
(Jap! Macamlah ada kanak-II yang baca nasihat dalam blog kau tu, duhai Cik Dee!)

#GoodNite.
#Mood:MissingMyChildhood.

Sunday, June 28, 2015

Ku Tak Pantas Di Syurga

Assalamualaikum..
Happy 11th Ramadhan.



Sudah terlalu banyak
Dosa yang telah aku lakukan
Tuhan, ampuni aku.

Berlinang air mata
Bila ku sebut namaMu
Tuhan bergetar hatiku

Ku... telah lama lupakanMu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas disyurga
Namu ku takut pada neraka
Aku hanya manusia penuh dosa

Tuntunlah aku dan bimbinglah aku 
Dijalan redhaMu
Beri aku kesempatan 
'tuk menjadi yang lebih baik. 

Andaikan saja dapat ku putarkan kembali
Aku ingin didekatMu
Betapa pedih siksa yang telah Kau janji
Tuhan, maafkanlah aku

Ku... telah lama lupakanMu
Gelap hati
Gelap jiwa
Gelapnya hidupku

Ku tak pantas disyurga
Namu ku takut pada neraka
Aku hanya manusia penuh dosa

Tuntunlah aku dan bimbinglah aku 
Dijalan redhaMu
Berikan kasihMu
Berikan cintaMu


#ThisSongMakeMeCryLikeRain
#HappyBreakFast 

Wednesday, June 17, 2015

Assalamualaikum Ramadhan!

Assalamualaikum..

Alhamdulilah! Done for the first terawih in Ramadhan 2015! Pretty excited for next terawih!

Just wanna wishes:
Happy Ramadhan,
Happy Read Al-Quran,
Happy Terawih,
Happy to do Rasulullah's sun-nah.
Happy Iftar.

All of Muslim including me
really really hope this Ramadhan better than the previous Ramadhan!

Get ready to our first Puasa.


Cuba sedaya upaya untuk delete/kurangkan dosa dan tambah pahala dalam bulan yang penuh dengan miracle! GudLuck!


"...Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.."
-Harapan Ramadhan 
by Raihan & Mai Ban-


Saturday, May 30, 2015

Resipi Ais-Krim Legend / Aiskrim Kingkong.

Assalamualaikum

Bila manusia bercakap pasal aiskrim legend kat Malaysia, aku terbayangkan rupa ais-krim yang dalam plastik panjang yang berjenama Kingkong dan plastik itu lutsinar. Do your imagine like me? Ahaks


Aku rasa inilah aiskrim paling win dari zaman aku kanak-kanak sampailah sekarang. Yang bestnya, kalao kita buat sendiri, macam-macam perisa yang kita boleh guna. Kalau suka perisa strawberry, buat aiskrim strawberry. Kalau suka oren, buat perisa oren. Senangkan. Tapi aku always buat perisa asam boi. Best sangat. Mak aku suka buat perisa teh ben, jeruk mangga. So, pilihan di tangan anda. 

Ini resepi depend pada yang aku buat tau. Selalunya aku buat aiskrim ini depend pada berapa banyak air yang aku guna. Kalau banyak aku guna air, so, banyak lah aku dapat buat aiskrim tu. 

*********

Bahan
  • Plastik Aiskrim jenama kingkong. (Kalau kat tempat aku, plastik ini jenama kingkong)
  • Gula
  • Asam boi
  • Air sebanyak yang korang nak.
Proses
  • Ambik jug 2l, masukkan air panas dalam 250 ml,
  • Masukkan 5 sudu besar gula. Kacau gula tu sampai gula tu hancur. 
  • Tambah lagi air suam-II dalam jug tu. 
  • Ambik plastik aiskirm, isikan sebiji asam boi.
  • Masukkan air gula and simpul kemas-II. 
  • Lepas siap semuanya, masukkan dalam peti air.
  • Tunggu beku dulu, baru boleh makan. 


Kat rumah aku, cepat je habis. Kalau habis, topup lagi, topup lagi, topup lagi. Topup sampai jemu dengan aiskrim ini. #Peace. 

So, Yummyy.. 
#GoodLuck!

Friday, May 29, 2015

Happy Friends

Berkawan,
Bukan untuk mencari siapa yang paling sempurna,
tetapi untuk saling menerima antara satu lain (kindness, weakness, good attitude or bad attitude etc)

Sesiapa sahaja boleh berkawan tetapi untuk mengekalkan ikatan persahabatan itu yang sukar.

So, before you say "Could I be your bestie?" 
Please please, trying our best to accept their weakness and we'll see their kindness.
Have a lot friends, you'll be more confident. So, jom berkawan!


Countdown to Ramadhan 2015

Assalamualaikum..

Feeling feeling so excited untuk bulan ramadhan tahun ni. :) 
Cepat sangat masa berlalu, lebih kurang dua minggu, dah nak puasa. 
As muslims, we always want this ramadhan better than last ramadhan.. 
InsyaAllah, we can do this ramadhan, more awesome, more more interesting, more good and better.
Good Luck! And All The Best!

So, guys! Take our calender and start countdown to first day of Ramadhan month. 

Saturday, May 16, 2015

#SelamatHariGuru

Assalamualaikum and Hai..

Rasanya as a anak murid, no word to describe tentang jasa guru yang terlalu banyak. Aku dulu tak masuk tadika, tadika lah pape pun, memang aku tak masuk tadika. Aku membesar kat taska je. Taska itu pun dekat dengan rumah lama, jalan 5 minit dah sampai. So, kalau budak-II lain kenal ABC masa tadika lagi, aku kenal ABC lebih mendalam kat darjah satu. Masa tu kan umur aku 6 tahun, aku dah masuk sekolah dah. Jadi budak tumpangan darjah satu. So, dari umur aku 6 tahun, aku dah kenal cikgu-II. Masa darjah satu kan, cikgu tak garang-II lagi. So, memang sayang cikgu ketat-II lah. Haha. Kalao cikgu garang pun, aku still sayang kat cikgu juga.

Bila sebut je 16 Mei dan hari ni 16 Mei, minda aku secara automik duk teringat Hari Guru and terbayangkan muka cikgu-II yang mengajar aku dari aku darjah satu sampailah tingkatan 6. Tambah-II aku dah tak jadi budak sekolah (tahun lepas baru habis Form6) rasa rindu dan rasa sangat menghargai setiap jasa-II cikgu yang pernah mengajar aku. 

Hari Guru tahun ni, aku bukan lagi budak sekolah yang sibuk handle pasal Hari Guru seperti tahun lepas, Jadi aku ingat entry untuk #SelamatHariGuru. Aku nak throwback sambutan Hari Guru tahun lepas. Boleh kan? Haha. Nanti tua-II boleh baca balik. #Peace.

Tahun lepas, Hari Guru memang best giler lah. Cikgu-II semua sporting sesangat. Barisan pentadbiran sekolah sangat happening, diorang siap menyanyi lagi.

Perarakan cikgu-II ke dewan. 
Normally, pagi-II hari guru, ada ucapan, nyanyian hari guru etc kat dalam dewan. Tapi pagi tu, aku memang tak masuk dewan terus. So, memang aku tak tahu langsung apa yang berlaku kat dalam dewan tu. Aku sibuk dengan persiapan gimik sempena hari guru.

Kad Hari Guru From Student to Pengetua.
Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.
*Acara dalam dewan, time pagi.

Gimik Hari Guru just simple. Melepaskan 30 biji belon helium ke udara. Actually, nak belon tu banyak, tapi tak cukup masa. Btw, nak berlagak sikit, idea yang nak lepaskan belon, that's idea from me. Okelah, Not only from me but also my friends. But still main idea from aku. Haha.
Sebab apa nak lepaskan belon helium. For me, belon tu seperti kebebasan bagi cikgu. So, sempena hari guru ni, cikgu-II bebas dari mengajar, mendidik. This is time for our teachers rest and enjoy.

Preparation for 30 belon helium.
Masa ni, panik sesangat. Belon still tak siap lagi tapi majlis kat dewan dah hampir nak siap. Aku ni tak boleh panik-II. Kalo dah panik, perasaan panik tu akan bertukar menjadi a little bit stress. Oh yeah.
Calm down. Calm down. Selesai je persiapan belon seiring dengan selesainya majlis kat dalam dewan.. Huuu. Lega sesangat.

Cikgu-II dan student lain-II berkumpul kat dataran untuk gimik hari guru.


Masa ini memang semuo orang melengok ke atas. Nak tengok belon tu terbang tang mana.
Habis je gimik ni, semua cikgu duk siap-II untuk aktiviti sukaneka. Macam-IIlah aktiviti yang ada. Rasa kelakar sesangat tengok cikgu main. Selalunya, tengok budak-II je excited duk main. Ini live depan mata, tengok cikgu super double excited main. So fun! Ingat senang ke nak nengok cikgu yang always strict, yang always serius duk main sambil gelak-II like student. 

A few of activity for teacher
Hari Guru akan jadi tak best kalau tak ada persembahan dari teacher or student, right? Last acara untuk hari guru adalah persembahan dari guru dan student. Aku sangat enjoy dengan persembahan mereka. Memang funlah.  They are super sporting. Cikgu yang tak pernah menyanyi pun, pakat duk menyanyi sempena hari guru ni. 
Persembahan from teacher and student. 
Persembahan paling awesome dari pihak pentadbiran sekolah. 
*Sebenarnya, gambar banyak sesangat. Tapi aku memang tak larat nak masukkan bebanyak gambar. So.. ini je lah.

Tu je kot my Hari Guru throwback. Tahun lepas memang duk niat, nak sambut hari guru dengan perasaan happy je.  Sebab dah fikir siap-II, last sambut hari guru as a student. Cewah!.

**********
Last but not least.
Selamat Hari Guru. Happy Teacher's Day untuk semua cikgu-II yang pernah, sedang dan akan mengajar aku. Cikgu-II dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. May Allah bless you. Semoga sentiasa diberikan semangat untuk terus mengajar dan mengajar. InsyaAllah, jasa cikgu akan sentiasa dikenang oleh anak-II didikmu.  Thank you, teachers for teaching me. Love you, teachers

#SelamatHariGuru

Sunday, May 10, 2015

Happy Mother's Day.

Assalamualaikum And Hai...

Selamat Hari Ibu..

Happy Mother's Day..

Tiada puisi yang menarik.
Tiada sejambak ros merah.
Tiada alunan biola yang mengasyikkan.
Tiada makan malam yang ekslusif.

Cuma ada wajah tua yang setia menanti 
tetapi bukan menanti duit berjuta dari si anak
Sekadar mengharapkan anak-anak yang pernah mendiami dalam perutnya
mengucapkan Selamat Hari Ibu, Ibu..

Happy mother's day, mom
Bak kata mereka:
Setiap hari, Hari Ibu..
Sebab Ibu tak pernah ambil 'cuti' atau memohon 'cuti' untuk berehat dari menjalankan tugas sebagai ibu.

Happy Mother's Day for Ibu-II yang ada dalam dunia ni.
May Allah bless you.
Love you, mommyssss. 

Friday, May 8, 2015

Permulaan Lower Form 6 Aku. #JustThrowBack.

Assalamualaikum and Hai..

08.05.2013 
Cepatnya masa berlalu. Teringat balik dua tahun lepas, tarikh yang sama, waktu dengan hari je yang tak sama dengan sekarang. Aku dengan bestie pergi daftar lower Form 6 kat SMKSN. Masa itu, feeling happy sangat sebab dapat jumpa dengan my bestie and kawan-II yang lain. Kalau tak salah aku, all my friend, maybe bukan semua kot, pergi daftar lower Form 6. Result UPU for diploma program masih tak keluar lagi. So, kita pakat decided nak daftar lower Form 6 dulu. Kalau tak boleh sambung diploma, lower Form 6 as a backup. 

Masa tahun aku, UPU for diploma program keluar lambat. So, mereka yang dapat sambung program diploma siap boleh boleh mengikut Minggu Tautan Kasih (minggu orentasi, sekolah aku panggil Minggu Tautan Kasih) lagi. Eh-II, bukan setakat Minggu Tautan Kasih je, Hari Guru pun sempat sambut. Haha. 

Masa Minggu Tautan Kasih. 
Kalau ikut ingat lupa aku, result UPU keluar hari Jumaat, lupa tarikh. Masa nak check result tu, perasaan aku lebih banyak nervous daripada tenang. Tak tahu kenapa. Tapi perasaan aku memainkan peranan juga sebenar, kalau aku ikut teori perasaan aku. Kalao nervous lebih banyak dari tenang. It's means, negative result dan sebaliknya. Memang macamtu. Lumrah. Haha.
So, memang betullah perasaan aku tu, bila check UPU, memang aku tak dapat nak sambung program diploma seperti kawan-II aku yang lain yang dapat sambung diploma.
Oke! Tipulah kalau aku cakap aku memang tak ada perasaan kecewa, terkilan, sedih, and a little bit down. Aku manusia normal oke, yang ada perasaan macam tu. Haha.

Kawan yang duk bergelak tawa, duk berkongsi makanan dengan sepanjang awal lower Form 6 dapat sambung diploma. I feel happy and excited for them. Even aku tak dapat, aku bahagia tengok kawan yang aku rapat, dapat sambung diploma dan dapat course yang diorang nak. :) 
Aku doakan mereka semoga dapat tamatkan program diploma dengan jayanya dan dapat result yang cemerlang. (Maybe next year kot, diorang habis)

Sebelum depa semua tu sambung belajar untuk diploma sempatlah juga create kenangan-II dengan depa.

*Last day, sebelum diorang sambung diploma.



Sambut Hari Guru 2013
Sebelum aku daftar lower Form 6, aku pernah terfikir nak masuk Form 6 tapi aku tak pernah terfikir yang menamatkan pengajian Form 6. Serius! Mungkin ini satu takdir untuk aku. Tak dapat sambung diploma, still dengan Form 6, and berjaya tamatkan pengajian Form 6 dengan aman dan makmur. Ahaks.

Pape pun, belajarlah kat mana-II pun, semuanya oke. Takde beza pun. Janji kita berusaha untuk dapatkan result yang baik dan try our best untuk tamatkan pengajian kita dengan jayanya. Oh yeah!

#Done

Thursday, May 7, 2015

Tip Untuk Hilangkan Rasa Gemuruh atau Panik Semasa Temuduga

Assalamualaikum and hai.
My Silent Reader.

Pejam celik, pejam celik dah bulan 5, it's means segala keputusan untuk temuduga course for program ijazah akan keluar tak lama lagi. Countdown the day!
Hari itu, masa aku isi UPU for program ijazah, kalau tak salah aku pilih course yang bertemuduga dua course je kot. #TakIngat. Ahaks. 
Hopefully, aku dapatlah course yang bertemuduga itu, boleh juga tambah pengalaman aku dalam bab-II temuduga ni. Hashtag: Pengalaman itu penting.

Sebelum berlakunya sesi temuduga, akan ada perasaan panik, nervous, cuak, gemuruh or seangkatan dengannya dalam diri kita, right? Tipulah kalao kau cakap kau tak nervous, kan.
So, aku nak share kat tips korang macam mana nak  hilangkan perasaan yang sebegitu. Perasaan macam mana ni, kalao duk layan, memang merosakkan hari temuduga kita. Ceh!
  • Masa kita duk tengah menunggu giliran temuduga, ambil masa beberapa minit untuk tarik nafas dan lepaskan secara perlahan-lahan. Tahu tak, kajian menunjukkan bila kita melakukan kaedah ini, kita memaksa degupan jantung kita berfungsi secara normal dan akan mengelakkan kita daripada gementar. 
  • Kalau boleh, bukan bolehlah tapi wajib buat persiapan dan persediaan dengan maklumat yang diperlukan. It's means, buatlah research sikit pasal course, universiti, pekerjaan  yang kita pilih itu  pergi temuduga. Sediakan resume, sijil-II yang diperlukan. Bila kita dah buat persiapan dan persediaan yang lengkap, rasa gemuruh itu akan berkurangan, InsyaAllah. 
Jangan lupa buat research. :)
  • Aku tahu kita semua suka tengok cermin, belek-II muka, belek-II jerawat. Apa kata sebelum hari temuduga, kita ramai-II pergi kat depan cermin bukan itu belek-II muka tapi kita buat latihan atau kita praktikkan cara temuduga di depan cermin beberapa kali. Bercakaplah di depan cermin puas-II.  Kaedah ini, boleh buat kita rasa confident dan rasa nervous tu kurang.
  •  Seelok-eloknya, datanglah awal masa temuduga itu, 30 minit sebelum temuduga, maybe? Banyak perkara yang kita boleh buat dalam 30 minit itu, tenangkan diri, ambil feel temuduga etc.
  • Makan sedikit gula-II manis sebelum masuk ke bilik temuduga. For your knowledge, gula-II boleh menurunkan kadar gementar dalam diri kita. But make sure, gula-II itu habis dimakan sebelum sesi temuduga dimulakan. Jangan masa temuduga, kau kunyah lagi gula-II, itu dah dipanggil kuanq ajor.  :) 
  • Masa tengah duduk dalam bilik temuduga, genggam kedua-dua tangan kita dan letakkan kat atas peha. Kalaulah, dengan melihat mata panel temuduga buat kita panik, alihkan pandangan kita pada dahi, telinga, dagu, atau rambut penemu duga ketika menjawab. 
"Please!, jangan memandang tempat lain ketika menjawab, 
itu menggambarkan kita seorang yang biadab dan tidak menghormati penemu duga."
  • Untuk mereka yang beragama Islam, banyakkan membaca surah al-Kautsar beberapa kali sebelum masuk bilik temuduga. 


So, that's all my tips. 
Untuk mereka yang bakal bertemuduga, I'm wish good luck, all the best.
Semoga apa yang kita nak, dapat dikecapi dengan jayanya.
"Nak hidup senang pada hari esok, perlulah melalui jalan yang berliku pada hari ini. Sebab tak semua perkara mampu dicapai dengan mudah."

Btw, doakan aku semoga aku dapat course yang aku nak dan boleh sambung belajar peringkat ijazah. Amin. :)

Friday, March 20, 2015

Memasak Cara Orang Bujang.

Assalamualaikum and hai..
My silent reader.
Ladies and Gentlemen. 

Aku masih dalam mood cuti-II Malaysia (cuti before further study), makin rajin aku memasak. Oke, tipu! Tak ada lah rajin sangat tapi ada peningkatanlah bab-bab memasak. Ahakss.
So, aku belajar masak sikit-II from YouTube and Pakcik Google yang baik hati. 

Malam yang penuh dengan permai dan indah ini, aku nak share satu channel YouTube yang ajar masak style orang bujang. Serius, senang sangat-II nak ikut step dia. Memang tip top r dia punya step masak. Dari awal sampai akhir, dia ajar. Cara nak potong bawang pun, dia ajar tau.  Ahaks. 

Taraa... Mempersembahkan:-


Kalau malas nak pergi Ec Inspirasi channel. Kau buka je YouTube, taip je #DapurBujang. Berderet-II keluar, video masakan.
For your information, Fendi Raja Lawak (tak tahulah korang kenal ke tak, tapi aku kenal dia, dia je tak kenal aku, ahaks) yang handle #DapurBujang. Dialah tukang masak, dialah tukang cakap. Aku sangat-II enjoy tengok cara Fendi bercakap, kadang-II ada terselit lawak sikit dan paling penting cara dia masak, memang style orang bujanglah. Simple but awesome. 

Style dia masak memang style orang bujang, dah nama #Dapur Bujang, tentu-tentulah style bujang.  Bahan-II yang diperlukan adalah simple, resipi yang tak rumit dan paling penting memasak tak lama. lebih kurang 30 minit kat dapur, dah boleh makan. Untuk mereka-II yang sibuk, tak ada masa, korang spend timelah untuk tengok kat channel ni cara diorang masak. Aku jaminlah, korang akan sempat masak lepas tengok channel ni. Trust me. :)

Dalam banyak resipi yang aku tengok, aku pernah masak Begedil Maggi ikut resipi #DapurBujang. Fulamak, memang senang and sedap kaw-II, (mohon izin untuk perasan jap). Seperti aku cakap tadi, resipi sangat simple dan senang. Aku dah buat ini dah tiga kali. 


Makanan lain tak sempat nak cuba lagi. Haha. 
Yang paling aku suka, setiap makanan yang dimasak oleh Fendi, tak guna sebarang perasa, i mean perasa like ajinamoto. Should remember, Ajinamoto is not good to our heath. Say no to dot.dot.dot. Haha. 

Hey-II, walaupun #DapurBujang, orang dah kawen pun, boleh juga nak ikut style dia. Don't worry. Tak kena saman pon. Tapi kan orang kawen ni, masakan dia lagi ummmm dari orang bujang. :) :)

Itu je yang aku nak kongsikan. Sharing is caring. Selamat mencuba. Simple but awesome. 
Before I say goodnite, ada beberapa link makanan yang best-II or latest masakan from Ec Inspirasi Channel, aku tinggalkan kat bawah. 






Wish you goodluck.
Good Nite.

Monday, February 2, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma Daripada Nile.com.my


Assalamualaikum and hai.

2 hari lepas, aku ada buat review Online shopping Nile.com.my. Hari ni aku ada blogwalking satu blog ni, she said, Nile.com.my ada buat giveaway sempena Chinese New Year. Eh-II, baru aku tahu, Nile ada buat giveaway. Nampak tak kat situ yang aku ni hanya pandai membeli kat Nile tapi tak ikut perkembangan Nile. Haha.

So, aku rasa macam nak join je giveaway ini even aku tahu aku ni BUKAN seorang yang bertuah. Serius, kalao bab-II hadiah-II percuma, giveaway, cabutan bertuah dan seumpama dengannya,  mmg aku tak bertuah. 
Join suka-II je. Kalau dapat ya, kalao tak dapat, tak ada rezeki. Hikhik. :) 
Korang pun boleh join jugak. Untuk korang yang nak join, korang boleh tengok kat sini ya. <<click here.>> 

5 pemenang bertuah akan mendapat RM150 barangan secara percuma. Jeng.jeng.jeng.

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96


Senarai barang yang aku nak. Kalau luckylah.. Haha.

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=13397
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=13397
MCJBH45488 Korean Fashionable Jacket Vest -RM26.90

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=13441
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=13441
CIB81691 Wallet Purse -RM 16.90
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=12709
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=12709
CII48492 Mixed Color Long Scarf -RM15.00
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=13319
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=13319
WBZ98613 Fashionable Striped Lady Large Capacity Canvas Bag -RM19.90
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=9515
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=9515
WBS14281 Retro Postman Stylish Woman Bag -RM38.50
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=10943
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=10943
WABBR32615 Leather Brocelet -RM4.90

http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=3498
http://www.nile.com.my/product_info.php?products_id=3498
WCC6637 Retro Polka Dot Codes Bat Sleeve T -RM23.20
Total: RM26.90 + RM16.90 + RM23.20 + RM15.00 + RM19.90 + RM38.50 + RM4.90 = RM145.30

Murah kan? RM150, boleh beli 7 barang. Untung kau!
Kalao korang join that giveaway, korang boleh check result kat sini. Click here.

Happy giveaway, guys. :) 


Saturday, January 31, 2015

30 minit kat sekolah.

Assalamualaikum and hai.

Hari khamis lepas, aku dengan kawan-II aku pergi sekolah. 
Sumpah!, rindu sangat-II kat sekolah, kelas, cikgu-II yang super double sporting.
Stay kat sekolah lebih kurang 30 minit, otak aku mampu terbayang semua kenang kat sekolah tu. Terubat rindu. 

Yes, aku dah tak boleh dah jadi budak sekolah even aku nak sangat pergi sekolah balik. *peace. haha  tapi aku still ada ingatan yang mampu bawa aku ke alam persekolahan.
Tuhan, jangan tarik ingatan aku about school. Uwaa, I miss all of my moment at school. :'(

Candid Photo.
Nani + cikgu Hasnah. + cikgu Latifah + cik dee + Alia. 
Kawan-II form 6
Alia + Irah + Cik Dee + Nani. 
Takkan pernah penat untuk belajar.
Wish me luck. :)
Serius!. Zaman persekolahan adalah zaman yang sangat-II best, amazing and wonderful. :) 
Doakan aku semoga aku berjaya di dunia dan akhirat. :)